Isnin, 27 Ogos 2012

RAMAI TERPERANGKAP UNTUK DIHUDUDKAN










HUDUD DAN LINGUA FRANCA

Kadang-kadang kebebalan datang berganda-ganda. Kadang-kadang kebebalan datang merata-rata. Kadang-kadang kebebalan meloroh dan melanda. Hakikatnya bukan semua guru itu berilmu dan pandai. Bukan semua profesor dan pensyarah itu cekap dan pintar. Bukan semua peguam bijak dalam hal kehakiman.

Bebal semacam mana pun, jika guru dan profesor bodoh dan bebal kita boleh mencari sosok yang bijak bistari. Kita boleh berpindah kuliah dan berpindah sekolah. Jika peguam itu bebal dan lembik - kita boleh melanggan yang cekap dan hebat. Tetapi jika politikus bebal dan bangang maka jawabnya seluruh negara ditimpa malapetaka.

Disini saya ingin bersurah tentang satu kes bodoh lagi bangang yang telah berlaku pada satu ketika dahulu. Ini kes sejarah. Untuk saya ini adalah kes klasik yang paling bangang. Kes ini wajib dijadikan pedoman untuk semua para politikus yang masih tersimpan bangang. Saya membuka kes ini sebagai satu usaha untuk memberi pencerahan kepada semua – politikus dan orang ramai - yang masih bangang.

Kes pedoman yang saya maksudkan ini ialah kes perbalahan antara dua parti politik. Kedua-dua parti politik ini telah menjadi arwah. Satu namanya Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) dan satu lagi namanya Parti Buruh. Kedua-duanya berjalur kiri.


Pada satu ketika yang lama dahulu dua buah parti kiri ini telah bergabung. Mereka memanggil diri mereka Front Sosialis. Inilah satu-satu gabungan politik ampuh yang mengajukan program sistem ekonomi sosialis untuk Persekutuan Tanah Melayu. Ramai pemikir, inteligensia dan intelektual anak semua bangsa telah berpayung dan berteduh dibawah gabungan ini.

Front Sosialis ini menjadi kumpulan yang paling teruji untuk bangun melawan kerajaan Perikatan. Untuk yang tidak arif sejarah - Perikatan ialah gabungan United Malays National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association. Gabungan ini wujud sebelum munculnya Barisan Nasional.

Front Sosialis ini menjadi satu gerakan kiri yang ampuh. Bukan saja menduduki Parlimen malah kerusi Kerajaan Tempatan yang dipilih secara pilihan raya juga didominasi oleh gabungan kiri ini. Pulau Pinang, Melaka dan Seremban menjadi wilayah dimana gabungan kiri ini mendapat kemenangan yang unggul. Dibandar dan kota besar semua kerusi Kerajaan Tempatan majoritinya dimenangi oleh gabungan ini.

Kerajaan Perikatan tidak dapat melawan arus kiri ini. Justeru dengan menggunakan majoriti di Parlimen, gerombolan Perikatan pada ketika itu telah memansuhkan pilihanraya Kerajaan Tempatan. Tindakan kerajaan Perikatan ini membuktikan bahawa: jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa, maka pilihan raya itu akan diharamkan.

Tetapi tulisan ini bukan tentang pilihanraya Kerajaan Tempatan. Tulisan ini untuk memperlihatkan bagaimana kebebalan dan kebangangan telah berjaya menutup fikrah untuk menjadi rasional.



Dari babak sejarah kita diberi tahu bagaimana tekanan demi tekanan telah dikenakan kepada jalur kiri. Pelbagai tuduhan dihempapkan kepada mereka. Dari tidak percaya kepada Tuhan kepada tidak percaya kepada Raja adalah tuduhan terhadap warga kiri.

Ramai kader dan pimpinan PSRM dan Parti Buruh menjadi mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri. Pemimpin-pemimpin yang berupaya menggerakkan aksi orang ramai akan menjadi mangsa ISA. Dalam masa yang sama ejen-ejen gelap mukhabarat juga menembus masuk ke dalam kedua-dua buah parti kiri ini.

Akhirnya ejen-ajen mukhabarat ini telah berjaya menimbulkan debat yang maha hangat. Debat dan polemik ini ialah tentang dasar bahasa. PSRM mengajukan bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Manakala Parti Buruh pula mahukan Bahasa Malayu diterima sebagai lingua franca.

Hingga ke hari ini masih ramai lagi warga yang gelap dan tidak tahu apa itu lingua franca. Hanya Guru Nanak sahaja yang maha mengetahui. Hanya Mutu yang mengenal Maniam. Hanya Parti Buruh sahaja yang tahu mengeja lingua franca.

Maka bermulalah polemik bahasa. Para Mat Bengong dari PSRM mengacung-acungkan tangan ke langit sambil melaungkan: Bahasa Kebangsaan!. Ini disambut pula Mat Bengong dari Parti Buruh yang melaungkan: Lingua Franca!

Dua jalur kiri ini mula bergelawak. Kedua-dua kumpulan cuba menegakkan hujah ciput mereka tanpa bantuan keilmuan mahu pun bantuan pil Viagra. Dalam masa yang sama ejen-ejen gelap yang menyamar sebagai peguam dan pensyarah universiti pun berbalah-balah tentang isu bahasa ini. Emosi kedua-dua kumpulan ini semakin naik seolah-olah kejantanan mereka dicabar oleh ketegangan buah dada Madonna.

Ketika Mat Mat Bengong ini bergelawak, saya masih disekolah rendah dan belum lagi pandai memakai seluar dalam. Justeru jauh sekali untuk memahami apakah dia pandangan dan hujah Ahmad Boestamam – protoganis kiri - tentang Bahasa Kebangsaan pada ketika itu. Atau apa pula hujah lingua franca yang muncul dari mulut dan tulisan Tan Kai Hee – pemimpin Parti Buruh.



Dari segi pensejarahan perserikatan dua parti kiri ini muncul dari kancah yang sama. Mereka lahir dari tradisi mulia berjuang melawan British. Mereka memiliki setiakawan yang kukuh. Tetapi agenda bahasa ini telah membuatkan mereka kehilangan punca. PSRM dan Parti Buruh menjadi mamai apabila mereka menjadikan agenda – bahasa - ini sebagai induk agenda. Kalau dalam naratif Marxis: mereka menjadikan isu bahasa sebagai kontradiksi utama.

Pertelagahan ini terus dibakar oleh suasana politik perkauman. Bengolan dari United Malays National Organisation terus membalingkan 'tulang' untuk menjadi rebutan dan salakan kepada PSRM dan Parti Buruh. Akhbar Utusan Melayu pula telah memeriahkan lagi pesta dengan melaporkan berita pertelingkahan agenda bahasa ini.

PSRM dilihat sebagai sarang Melayu Kiri manakala Parti Buruh ialah sarang Cina Kiri. Tanah subur prasangka perkauman ini memang telah sedia wujud. Prasangka terus dipertebalkan. Dalam masa yang sama api perkauman ini ditiupkan oleh ejen-ejen yang menyamar sebgai pensyarah dan peguam dari kedua-dua belah pihak. Akhirnya setiakawan antara PSRM dan Parti Buruh pecah terbarai.

Apabila gabungan kiri ini runtuh - yang terus ketawa terbahak-bahak memikul duit dan dinar ke bank ialah gerombolan dari United Malays National Organisation. Dengan menghancurkan gabungan kiri maka gerombolan kanan ini terus berpesta hingga meledaknya Reformasi 1998.

Kenapa saya menulis babak sejarah kebengongan ini? Secara jujur saya menulis naratif sejarah ini kerana saya sedang melihat Sang Bebal dengan Sang Bengong sedang bergumpal sekali lagi. Saya juga sedang melihat ejen-ejen gelap dari United Malays National Organisation sedang berusha sedaya upaya untuk meruntuhkan perserikatan Pakatan Rakyat.

Kalau empat puluh tahun dahulu yang menjadi tulang rebutan ialah agenda bahasa. Kali ini yang menjadi 'tulang rebutan' ialah hudud. Secara terancang ada sosok-sosok yang sedang sibuk bertunda-tunda melahirkan perbalahan tentang hudud.

Saya melihat ini sama saperti apa yang pernah berlaku keatas PSRM dan parti Buruh dahulu. Kini saya telah pandai memakai seluar dalam, justeru saya memahami kenapa sandiwara yang sama sedang dipentaskan kembali. Saya melihat dengan jelas, secara terancang dan tersusun gerombolan United Malays National Organisation sedang membakar 'api hudud' untuk menghanguskan Pakatan Rakyat.


Biar saya jelaskan disini bahawa tulisan ini bukan tentang agenda 'hudud' yang ingin saya timbulkan. Apa yang ingin saya terangkan ialah kebebalan politikus sehinggakan mereka tidak dapat mengenal yang mana hutan dan yang mana kayu. Mereka gagal melihat agenda induk dan agenda sampingan. Justeru, saya ingin membawa pencerahan untuk membuktikan bahawa agenda hudud ini sama seperti agenda bahasa dahulu. Agenda ini tidak akan membawa hasil masyhul.

Saya berani berkata sedemikian kerana jika para politikus dari Pakatan Rakyat yang memiliki fikrah yang rasional pastilah mereka sependapat bahawa agenda utama pada tahap ini ialah menghumbankan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncu dalam Barisan Nasional. Dalam analisa politik: mengalahkan musuh politik adalah kontradiksi utama.

Sesiapa yang waras berpolitik pasti yakin bahawa menjatuhkan United Malays National Organisation ialah agenda pertama. Tergelincir dari pemahaman agenda ini bermakna lari dari garis politik yang jelas. Kita tak perlu ke Yale atau ke Havard untuk memahami bahawa tugas utama Pakatan Rakyat ialah menggulingkan United Malays National Organisation. Menggulingkan kerajaan yang sedia ada bertujuan untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Dari segi strategi perjuangan – pada tahap ini Pakatan Rakyat wajib mengurangkan musuh dan memperbanyakkan rakan. Ini ilmu politik 101 untuk mencapai menang. Ejen-ejen gelap dan terang United Malays National Organisation akan terus membalingkan 'tulang hudud' ke tengah kancah politik. Ini bertujuan untuk melahirkan 'perebutan’ dan 'perbalahan'.

Saya begitu yakin ejen-ejen gelap United Malays National Organisation ini sedang tersenyum puas bukan hanya Pakatan Rakyat telah dihududkan. Saya cukup yakin hudud hanya menjadi angan-angan jika gerombolan yang sedang berkuasa ini tidak dikalahkan. Malah tangan-tangan yang ingin mencapai kemenangan ke Putrajaya akan dipotong sama. (TT)







22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Haram hukum nya menyokong mana-mana parti politik selain dari UMNO dan BN. Semua orang Melayu yang dapat masuk syurga ada lah ahli UMNO.

Tanpa Nama berkata...

TT & pengunjung yg. dihormati,

Pasal Hudud nie senang aje penyelesaiannya, kita adakan referendum khas untuk orang2 melayu Islam sahaja untuk mengundi sama ada kita mahukan Hudud atau tidak.

Gua bole gerenti banyak melayu islam tak mahu hudud - sebab negara2 Islam semuanya penindas & tertindas serta juga tidak memberi contoh yang baik untuk kita banggakan.

Begitu juga dengan isu si freeloader, kita adakan referendum khas untuk orang2 melayu sahaja.

Gua bole gerenti banyak melayu tak mahu raja2 - sebab raja yang ada semuanya bernafsu buas & tidak berjiwa rakyat, serta juga tidak memberi contoh yang baik untuk kita hormati.

@ Yang naik saksi

kampong lad berkata...

kasihan! o kasihan kat pakatan rakyat. strategi yg sama digunakan utk kememenangan kali ke2 bagi gerombolan, ini bererti pr is in deep shit! ini kategori 'novice'.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah tt,moga penulisan tt ni sedikit sebanyak dapat meredakan isu yang rancak dimainkan oleh BN,atau semoga pemimpin2 pakatan cepat mencari formula menang2 untuk mengatasinya.Kami rakyat turun setiap kali dipanggil menyertai DEMO, bukan untuk melihat kalian berpecah tapi untuk melihat kalian bersatu.Bermacam hinaan,cacian,dipukul,didera hingga Ada yang buta,patah tangan dan mcm2 lagi.Kita harungi kerana mencari titik persamaan iaitu menumbangkan BN.

Berhujah berkata...

Kalau isu agenda bahasa telah mencabar kejantanan seperti teransang dengan tetek Madonna, maka isu hudud ini pula, adalah kerana mereka hendak menunjukkan diri mereka lebeh Islam dari kapal selam...

Tanpa Nama berkata...

masalahnya, bukan semua yang nak lawan org jahat itu adalah org yang baik.

Lebih bermasalah, apabila biasanya yang tidak baik itulah yg akan menang.

Jadi pencerahan dari aku ialah: teori 'kalahkan musuh dahulu sebelum bincang isu2 lain' adalah teori org 'jahat' yang tidak mahu agenda besar 'kejahatannya' diperhati, dibincang maupun disiasat oleh rakyat.

Tanpa Nama berkata...

TT, kau kena beri tutorial kepada Nik Aziz dan Karpal Singh kerana kedua-dua mereka jika dijolok oleh ejen-ejen gelap perihal hudud akan melenting tak keruan hilang ketenangan iman mereka, tak tahu kenapa mereka akan melenting dan saling hilang agenda utama iaitu nak tumbangkan UMNO.
Aden pun benggong kenapa istilah 'hudud' yang bunyinya tiada glamor sekalipun tetapi boleh mengkecaikan ikatan PR.Dahlah tiada dalam al Quran ada perintah suruh hidupkan hudud dan Karpal Singh langsung tak boleh terima konsep hudud atau dian secara strategik dulu.Sebut menolak hudud kalangan bebal dari PAS akan melenting dan kalangan DAP pula turut melenting jika PAS mahu hudud dioperasikan dan betul kata TT, yang untung gila ialah UMNO. Hai bani DAP dan PAS jangan sebut lagi pasal hudud jika mahu tumbangkan UMNO.
Janganlah bodoh sangat tak boleh bangkitkan isu hudud ni, come Karpal dan Nik Aziz renung sejenak yang UMNO nak gunakan kamu untuk kepentingan mereka. PR dah hampir mennguasai Putrajaya, tak NAMPAK ke?

Tanpa Nama berkata...

ini la kesilapan manusia yg berualang-ulang sejak azali lagi - gagal belajar dari sejarah!

Tanpa Nama berkata...

eloklah PAS dan UMNO berpadu paduan untuk buat undang2 hudud.

Dr. Mahathirpun dah insaf, nak buat HUDUD skrg.

ingat saat Nabi Muhammad SAW masuk ke Mekah. Arab Jahiliyah seperti Abu Sufiyan dan Muawiyah akhirnya menemukan hidayah.

sekarang saatnya kemenangan gerakan Islam.
ALHAMDULILLAH

Tanpa Nama berkata...

bagus2...ini macamlah Labu.
skrg org tolak politik guna kaum, setelah 55tahun.
akan datang, terpaksalah menunggu 55tahun lagi, utk Bani Melayu sedar bahawa agama juga dapat diguna untuk kuasa dan mengumpul harta.

55tahun lagi, baru org bukak balik blog TT dan
TT hanya ketawa KAHKAHKAH

underBear berkata...

5tulisan yang baik. baik banyak dari video raya hang tu.

Tanpa Nama berkata...

Silap kalau sangka banyak melayu islam tak mahu hudud...jangan buat kenyataan syiok sendiri...

Sebab tu UMNO dan MCA mainkan isu hudud...satu isu dapat makan dua...satu - orang melayu tidak sokong DAP ..dua - orang Cina tak sokong PAS...

Yang anti hudud ni orang yang dah ilang selera agama islam...dan perasan dah jadi komunis warak...

Hukum tuhan wajib ditegakkan ....itu ada dalam quran...sapa yang tak ada selera nak tegakkan hukum islam - mereka tergolong orang-orang..fasiq...kafir dan zalim...
Negara Islam semuanya menindas?? Bengong apa cakap macam ni??? Negara Islam zaman Nabi menindas ke?

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat..yang buat komen tak baca sejarah Karpal Singh bila timbul musim pilihanraya...ni benggali akan keluar kenyataan anti PAS anti Hudud apabila timbul musim pilihanraya.baca: setiap kali pilihanraya umum...cuba tengok sejarah benggali ni...

Apa motif benggali ni??? Apakah dia ada agenda tersembunyi untuk memecahkan sokongan terhadap pembangkang supaya BN terus memerintah dan DAP hanya jadi parti pembangkang saja?????

Tanpa Nama berkata...

Heboh pasal hudud lagi. Madey pun join umno ajak pas buat hudud. Minta tolong sampaikan pada pimpinan pas dan pkr dan dap boleh bincang dengan umno pasal hudud dengan syarat semua menteri umno terutama madey dan najib datang meeting dengan tangan dah siap kena potong dulu. Dah banyak sangat diorang ni merompak, melanun dan mencuri. Selamat hari raya maaf zahir batin.

[ a D D y ] berkata...

agenda politik demokrasi. berperang dengan otak tak perlu dengan pedang. sejarah sentiasa berulang. sultan mahmud sedang bertakhta. cuma menanti parameswara hidup semula dan kitaran tersebut bermula kembali sehingga wujudnya sultan alaudin, muzafar dan mahmud kembali.

bangkitlah. julanglah sultan itu. tikam sesudah di julang...


KAHKAHKAH

Tanpa Nama berkata...

Sudah terang lagi bersuluh....bahawa manusia yg dahulunya bersungguh-sungguh menjadikan isu hudud sebagai 'modal' untuk meraih undi telah 'terperangkap' dalam permainannya sendiri. Terbuktilah sudah bahawa manusia ini sebenarnya telah bertopengkan malaikat sejak sekian lama. Mangsanya adalah orang-orang yg telah terpedaya kerana hanya dapat melihat topeng malaikat yg dipakainya. Manusia yg berpura-pura ini tidak boleh lari lagi kerana kepura-puraan mereka tidak boleh ditutup hanya dgn sehelai daun pisang kerana ianya melibatkan satu sejarah panjang yg mereka sendiri ciptakan. Adalah jahil untuk menyalahkan pihak UMNO pula di atas kelemahan & kekurangan diri sendiri. Ibarat pepatah melayu, pemburu terkena jeratnya sendiri adalah tepat sekali.

Tanpa Nama berkata...

Tugas utama pakatan rakyat hancurkan umno dan sekutunya pd pru 13,umno adalah parti setan kalau x percaya tanya che det,jadi yg menyokong umno adalah kaum kerabat setan,dulu lembu, pastu udang sekarang syaitan..asalkan bukan umno kami ikut ..takbir..

Tanpa Nama berkata...

Hudud memang ditimbulkan Oleh PAS bagi meniup semangat orang Islam.. menumbangkan BN.. Sebab Kerajaan Islam BN takut nak laksanakan HUDUD takut terkena batang hidung sendiri keraja kroni dan rasuah yang sudah terang dan jelas bertetntangan dengan hukum ISlam dan Hudud..

CUMA orang Islam bodoh tak belajar kalau nak laksanakan HUDUD kena jadi kerajaan Malaysia ubah perlembagaan.. Pokok asas ni Ramai tak paham.. setakat mengusai kerajaan negeri takleh laksanakan.. lain la kalau keluar dari malaysia tuntut kemerdekaan macam Achh tapi karang kena enakmen darurat habis kena rampas negeri lagi bodoh.. :)

HUDUD memang senjata untuk menumbangkan keangkuhan UMNO juga boleh menikam PAS sendiri jika tidak diperhalusi dan terangkan kat juak-juak orang Islam yang tak paham.. pokok asas hudud ni ialah menumbangkan kerajaan persekutuan..

HUDUD adalah tangungjawab KERAJAAN untuk melaksanakan bukan parti politik.. maka Parti politik perlu menguasai kerajaan untuk melaksanakan tangungjawab itu..

Jadi ASAS HUDUD ialah menjadi KERAJAAN.. Kalau kerajaan BN takut nak laksanakan maka tugas dan kewajipan orang Islam untuk menumbangkan kerajaan BN..

Simple.. Tapi sayang ramai orang yang alim2 ni tak paham2.. samaada mereka paham atau mereka ni agent2 yang menyusup masuk menghasut dan memecahbelahkan..


Tanpa Nama berkata...

Banyak betul komen dari pencacai Babi Negara kat sini...Nauzubillah

Tanpa Nama berkata...

diharap pemimpin PR dah makin celik ttg isu basi hudud ni..tiap kali menjelang PRU, isu ni akan dimainkan gerombolan..dan setiap kali itulah PR terperangkap dgn mainan mereka..tak serik2 dikotak katik oleh UMNO

Tanpa Nama berkata...

Tanya sama itu HUD HUD , nang butinang kui butikui, kerana....dia yang campakkan aku,kemari.

Tanpa Nama berkata...

inilah artikel paling berguna untuk semua rakyat malaysia...tahniah tt...hang memang pandai bagi pencerahan...well done!!