Selasa, 11 Disember 2012

INI CONTOH KLASIK FENOMENA POLIS PENCEN



KOMENTAR TUKAR TIUB
apa maknanya berita ini?

sila baca dengan teliti
sila ulang baca dengan amat amat teliti

maknanya PDRM dalam keadaan kelam kabut
maknanya PDRM telah dirasuk oleh cukong
tan seri robert phang ialah seorang cukong

sekarang sprm pun tak boleh pakai lagi

apa maknanya semua ini
semua ini adalah tanda tanda 
bahawa united malays national organisation akan ditalkinkan
ini adalah tanda bahawa ketuanan melayu
sebenarnya ialah ketuanan cukong
inilah hari hari akhir ketuanan melayu

KENAPA MUSA HASAN MULA BERCAKAP
mungkin sebagai insuran nyawa
mungkin tak puas hati kerana  telah menjadi selipar jamban
mungkin tak puas hati projek tak dapat

alahkah moleknya ketiak musa hasan masih lagi ketua polis
dia menangkap cukong ini telah menghuru harakan PDRM

FENOMENA POLIS PENCEN
inilah kes klasik fenomena polis pencen
kah kah kah

Orang luar lebih berkuasa dalam PDRM - Musa
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan  sekali mendedahkan bahawa campur tangan di dalam jabatan polis jelas wujud apabila terdapat orang awam lebih berkuasa dan membuat arahan kepada pihak atasan Polis di Raja Malaysia (PDRM).

Musa yang mendakwa bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang yang mana sebelum ini pernah mengugut seorang pegawai tinggi polis berhubung dengan satu projek komunikasi di jabatan tersebut.

"Kes ini melibatkan seorang pegawai polis berpangkat Datuk dan juga memegang ijazah PhD yang mempunyai kepakaran dalam komunikasi.




"Beliau telah ditukarkan ke jabatan lain apabila enggan memenuhi permintaan Robert Phang untuk pentauliahan satu projek berkaitan komunikasi bernilai jutaan ringgit kepada sebuah syarikat yang melibatkan Robert Phang pada tahun 2009," kata beliau pada sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Musa memberitahu, pegawai tersebut telah ditukarkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur oleh Ketua Polis negara Tan Sri Ismail Omar.


Kata beliau lagi, walaupun pegawai tersebut telah dipanggil oleh Ketua Polis Negara namun beliau tetap berkeras tidak mahu menandatangi surat pentaulihan itu dan menyebabkan beliau ditukar 24 jam.




Namun menurutnya, surat pentauliahan itu telah ditandatangi oleh seorang pegawai yang lain bagi tujuan pembayaran walaupun projek tersebut tidak siap sepenuhnya.

"Ini jelas berlaku salah guna kuasa dan segala maklumat yang saya perlolehi ini adalah dari sumber dalaman, tidak perlu saya nyatakan siapa termasuk siapa yang telah diarah pindah itu.

"Kita nampak dengan jelas inilah bukti yang menyatakan wujudnya campur tangan luar di dalam PDRM sehinggakan boleh mengeluarkan arahan tertentu yang menyebabkan keputusan luar biasa dilakukan," sambung beliau lagi.

Musa yang berkata demikian pada satu sidang media yang dianjurkan oleh NGO yang dikenali dengan nama Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), yang mana beliau bertindak sebagai penaung.




---------

2 ulasan:

kampong lad berkata...

bukan polis pencen saja, yg pencen2 dari jabatan lain pun dah belambak. pencen erti dah terkeluaq ring. pegawai kerajaan umoq 50 thn dah boleh option & dapat pencen sekiranya ada pendirian. cannot beat them abandon them.

Tanpa Nama berkata...

Tanya pada 2 polis pencen:

Polis pencen 1 - sekarang bising tapi masa jadi polis dulu kenapa tak bising. Kenapa pancut kita orang dengan gas dan air kimia?? Siapa bersandiwara??

Polis pencen 2 - mana dapat duit banyak tu sampai boleh beli macam2 saham?? Siapa bersandiwara??