Selasa, 11 Disember 2012

BOLEH KAH LUBANG ROSMAH DITUTUP?




KITA BERJUMPA  DI KUALA LUMPUR
KITA TURUN KE JALAN RAYA
KITA GEMPAK KAN
ISTERI ROSMAH
MENUTUP LUBANG ROSMAH


Dikesahkan seorang budak kecil telah menutup dengan jarinya sebuah lubang berair  ditembok yang melingkari kota Amsterdam.  Jari kecil  yang menutup lubang ini telah menyelamatkan  kota Amsterdam dari tenggelam.  Ini  cerita rakyat dan lagenda Belanda.

Persoalan hari ini apakah ‘lubang’  Rosmah dapat ditutup untuk menyelamatkan  United  Malays National Organisation?  Jangan tersenyum  - lubang  hanya satu metapora untuk dikaitkan dengan Anak Kecil Belanda yang menyelamatkan Amsterdam. Lebih tepat lagi lubang  yang saya maksudkan  ialah  perangai, tingkah laku dan feal sosok yang bernama   Rosmah Mansor.

Minggu ini seluruh negara telah terkejut membaca berita Deepak Jaikishan. Si Penjual Karpet ini bukan kecik anak. Deepak ialah sosok yang telah membayar mata-mata gelap Balasubramaniam. Deepak berjanji akan  memberi  5 juta ringgit jika Bala menarik kembali Akuan Bersumpah Pertama dan menulis  Akuan Bersumpah yang baru.

Dalam Akuan Bersumpah Pertama Bala telah menulis   bahawa Altantuya  adalah bekas ‘penyedap’ Najib. Mengikut Bala  - Najib telah bertemu dengan Altantuya di pameran intan berlian di Pulau Sentosa Singapura.  Kemudian  Razak Baginda  diberi ‘tugas’ untuk menjaga Altantuya kerana Najib hendak dilihat bersih dan suci dari skandal seksual.

Mengikut kata Deepak sendiri , dia menganggap Rosmah sebagai kakak kandung. Ini tiga tahun dahulu. Minggu lalu Deepak telah membocorkan rahsia dengan menunjukan betapa ‘berpuaka’  kakaknya yang bernama  Rosmah.  Duit yang dijanjikan oleh keluarga Najib untuk Bala telah tidak ditunaikan.

Hati Deepak  hancur luluh apabila  ‘jualbeli’ tanah yang menjanjikan kekayaan yang bertimbun-timbun telah lungkup. Tanah yang dijanjikan telah dirembat orang lain. Apa yang menjadikan Deepak maradang, bengis dan berdendam  ialah aduanya tentang jualbeli tanah ini kepada kakaknya telah tidak dipedulikan. Suami kakaknya  ialah Menteri Pertahanan ketika jual/beli tanah ini dilakukan. Projek Berjuta-juta ringgit ini ialah Projek Kementerain Pertahanan. Akhirnya kerana tidak puas hati -  Deepak membawa kes ini  ke mahkamah.  Satu dunia pun tahu kong kalikong Rosmah dan Najib.

Sebenarnya siapa dia Rosmah Mansor ini?  Untuk menjawab soalan ini saya wajib membawa pencerahan kepada pembaca untuk melihat ratusan tahun ke belakang. Bila kita meneliti sejarah maka kita akan bertemu dengan watak-watak   yang memiliki perangai yang sama  saperti yang sedang dimainkan  oleh Rosmah Mansor.


Marie Antoinette ( 1775- 1793) – pemaisuri Peranchis telah dipenggal leherya  oleh  rakyat yang lapar.  Ini satu babak dalam Revolusi Peranchis yang mewujudkan Pepublik Peranchis Pertama.   Di Argentina kita  bertemu dengan Maria Eva Peron ( 1919-1952) atau nama manjanya Evita. Bekas pelacur ini telah berkahwin dengan  Juan Peron (1895-1974) yang menjadi Presiden Argentina. Evita  menjadi First Lady dari tahun 1946 hingga meninggal dunia. Ketika menjadi Wanita Pertama – bekas pelacur ini memiliki memiliki pengaruh besar kepada Presiden Peron dalam pengendalian politik Argentina  ketika itu.

Rapat ke Tanah Melayu kita akan bertemu dengan Imleda R. Marcos – balu kepada Presiden Marcos. Satu dunia tahu bahawa Imelda ini memiliki fetis dengan kasut. Hingga ke hari ini  babak Kuasa Rakyat  menumbangkan Presiden Marcos s akan diingati dengan ribuan kasut yang dikumpulkan oleh Imelda.

Diseberang Selat Melaka kita bertemu pula dengan Raden Ayu Siti Hartinah   -  nama  manjanya Ibu Tien -  isteri kedua kepada Haji Muhamad Suharto. Hingga ke hari ini kita tidak diberitahu siapakah isteri pertama Presiden Suharto. Apa yang dunia  tahu hanyalah semua perniagaan di Indonesia  – dizaman Suharto -  wajib memberi 10% kepada  Siti Hartini. Justeru Ibu Tien dipanggil Ibu Ten Percent.

Paling terkini kita bertemu dengan  Wanita Pertama dari negara Arab.    Leila Ben Ali adalah isteri  kepada Zainal Abidin Presiden Tunisia yang telah dihumbankan oleh rakyat Tunisia.  Leila  akan dingati  kerana  sebelum melarikan diri ke Saudi Arabia  – si Leila ini telah memecah  pintu Bank Negara Tunisia  dan melarikan 1.5 tan jongkong emas  bernilai 62 juta dolar Amerika.

Tetapi apa sangkut pautnya  Pemaisuri  Peranchis dan Wanita-wanita  Pertama ini dengan Rosmah Mansor? Sebelum saya menjawabnya saya wajib memperkenalkan  Raspustin (1869-1916) – sorang Padri yang juga saeorang bomoh dan yang juga   Pawang Diraja untuk Tzar Russian. Rasputin ini dikatakan memiliki kuasa ilmu ghaib  yang boleh menepis segala serangan keatas  Tsar  Nicholas.  Pemaisuri Tsarina Alexandra telah membawa  Rasputin ke dalam Istana untuk mengubati anakanda yang gering. Akhirnya Bomoh ini memiliki pengaruh yang cukup besar dalam Istana Tsar Nicholas.

Untuk saya Rosmah Mansor ini adalah jelmaan Rasputin,  Evita, Imelda, Ibu Tien dan Leila Ali.  Untuk memahami  kenyaatan diatas  saya wajib memberikan hujah latar dan  suasana yang melahirkan wanita-wanita ini.

Memang betul Rosmah bukan penyedap atau   penyanyi kelab malam saperti Evita. Tetapi kelakuan Rosmah terkinjak-kinjak menari  dan menyanyi ke hulu kehilir ini lebih hina  dari Evita yang berkerja membuka dan membasuh seluar dalam lelaki.  Dari Lebai Desas bin Haji Desus  rakyat Malaysia juga diberitahu  tentang Rosmah juga pernah berpindah randah dari ‘ katil ke katil’  untuk mencari tempat ‘ bergantung.’ Sama saperti Ibu Tien  -   rakyat Malaysia juga tidak diberi tahu bahawa Rosmah ini ialah isteri ke dua Najib. Siapa isteri Pertama Najib terus menjadi tanda tanya. Berapa kali Rosmah ‘menjanda’  juga dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai.

Kalau Ibu Tien hanya mahu 10 percent untuk projek di Indonesia – Rosmah Mansor memastikan  dalam semua projek kerajaan   Malaysia  dia akan memiliki kepentingan.  Dari membekal  makanan untuk latihan PLKN hingga ke runtuhnya lapangan terbang  Sungai Besi – kepentingan Rosmah dijaga rapi. Dikatakan tidak ada projek ‘mega ‘ yang akan lulus  jika  Rosmah tidak memberi restu. Justeru perbalahan terkini antara   adik Deepak dengan kakak Rosmah berlatarkan ini.

Bagitu juga projek kamera AES yang pada awalnya telah ditolak oleh Kementerian Pengangkutan tetapi dijadikan projek swasta. Projek merompak duit dalam poket rakyat ini tidak popular dan akan melarikan undi.  Ketua Pemuda Khairy dan YB Bung Mokhtar telah menentang projek ini. Tetapi  AES ini  masih dikekalkan kerana ada ‘badak berendam’ dibelakang projek ini.


Leila Ali isteri Presiden Tunisia pernah menghantar sebuah kapal terbang ke Selatan Peranchis hanya untuk membeli ais krim yang diminatinya. Ini tidak jauh dari perangai Rosmah Mansor  yang mengarahkan Jacob of New York untuk membuat sebentuk cicin berlian berjuta-juta ringgit untuk dirinya.  Cerita dan surah Rosmah ‘bershopping’ ini telah menjadi lagenda cerita rakyat yang akan turun temurun sama saperti  lagenda Anak Belanda menutup lubang. Tidak cukup dengan keberahian membeli belah Rosmah juga memiliki fetis untuk memiliki beg tangan Birkin yang pasti menundukkan koleksi kasut di muzium Kasut  Imelda Marcos.

Ada lagi persamaan yang dapat dilihat dalam semua perempuan-perempuan ini. Kesemuanya memiliki ‘ sejarah hidup’ yang agak kabur. Leila Ali berkerja sebagai tukang gunting sebelum dapat  menggunting Zinalabidin.  Evita bekas bekas pelacur dan penyedap Juan Peron. Ibu Tien dikatakan anak babu pembantu rumah dalam keluarga  bangsawan Jawa. Manakala Imelda  adalah  bekas Ratu Cantik.

Setiap perempuan ini sedar dari mana mereka datang.  Dari segi saikoanalysis perempuan-perempuan ini memiliki  rendah jiwa – inferiority complex. Kesakitan jiwa rendah ini telah  diterjemahkan dengan ‘ jiwa besar – superiority complex. Superiority complex ini mermunculkan  keanggkuhan  dan kesombongan  yang bersalut dengan kuasa politik.

Membeli belah, memilik harta kekayaan itu adalah percubaan untuk menimbuskan sejarah hidup mereka yang kabur dan gelap. Dengan memiliki emas dan intan berlian, dengan mengumpul harta kekayaan perempuan-perempuan ini mengharapkan orang ramai akan terlupa bahawa mereka adalah bekas pelacur atau perempuan simpanan  yang tidak berkelas.

Jalur-jalur ini dimiliki oleh Rosmah Mansor. Rosmah cuba menghilangkan ‘kejandaan’ nya apabila berkahwin dengan Najib. Umum mengetahui bagaimana Rosmah cuba  menghalang tamu dari datang ke Majlis Perkahwinn anak gadisnya dari suami pertama.   Umum juga tahu bagaimana adiknya sendiri melarikan dari Malaysia. Umum tahu bahawa Ibu dan Ayah Rosmah bercerai berai.

Rosmah pula tidak secantik Imelda atau Evita.   Rosmah pendek dan  gemok. Malah lebih gemok dari  Ibu Tien. Semua ini adalah beban inferiority complex yang  menjerat leher Rosmah. Kerana itu saban hari Rosmah  dengan Permatanya dan melakukan  pelbagai usha untuk membuktikan  yang dirinya ada kelas dan bukan Mak Janda nenek kebayan.


Tetapi dibelakang intan berlian, kasut dan beg ini ada lagi satu jalur  yang lebih penting  yang  mengikat kesemua perempuan ini.   Suami kepada perempuan-perempuan ini semuanya takutkan bini. Inilah  watak yang dimiliki oleh Marcos, Suharto, Zainal Abidin dan Najib.  Watak ‘lembik’ takutkan bini ini menjadikan isteri-isteri  ini  bergerak dibelakang tabir untuk menjana kuasa.  Si Rosmah  sama saperti Evita - mereka  bukan lagi bergerak di belakang tabir tetapi   mengurus politik secara terbuka.

Apakah lubang Rosmah ini dapat ditutup untuk menyelamatkan United Malays National Organisatiion?  Jawapannya muncul  minggu hadapan kerana kita wajib berhadapan dengan Rasputin  dan Marie Antoinette  sebagai penjelmaan akhir untuk Rosmah Mansor. (TT) 


NOTA:
tulisan ini telah pernah
disiarkan dalam akhbar
SUARA KEADILAN.
Sesiapa ingin melangan
akhbar mingguan ini sila
pukul talipon: 03- 22-72-40-42



-------

13 ulasan:

budak kampar berkata...

FLOM-Fat Lady On Mahathir.

DIDI KOTA BELUD berkata...

CAKAP JELAH LUBANG PUKI..APA TAKUT...IS IS IS...KO SHAM..TERBAIK....TAPI SATU,, INFERIORITY COMPLEX DENGAN SUPERIORITY COMPLEX TU AKU MUSKYIL...DIO TU MACAM PERTAMA COMPLEX KE..?...GEDUNG BELI BELAH....tepat dan padat ler ko sham...tak takut rosmah saman ke.....ahhhhh....saman pun samanlah,KASIH TELANJANG DIA HABIS HABISAN SHAM...TAK CUKUP KITA KUTIP DERMA BAYAR KOS GUAMAN KO KARANG...KAMI DIBELAKANG TT...BERANI LANGGAR BERITA JUJUR....NAK TANYA,,, ROSMAH YANG KO CAKAP NI ROSMAH MANA SATU...HEHEHEHEHEHEHEHE.....?

insafdoh67 berkata...

Cerah mata baca crite tt..Hebat.hebat.hebat... Wow.. Kaya la lu punya lubang.... Crite r lg.. Kih.kih.kih..

Papagomol berkata...

Lobang rosmah tak dapat ditutup dengan jari. Ia hanya akan ditutup dengan tumit kaki. Itu pun tak berapa rapat kerana masih terdapat liang2 udara untuk angin masuk.

Wakakakakakkakaka.....

anti birkin beg....ihhhhhhh berkata...

sekeji keji EVITA VERON TU..ada lagu dont cry for me argentia...sekotor kotor EVITA..orang buat filem tentang dia..dah tu box office pulak tu.....dah tu MADONNA pula tu.......bawak filem dia...agak agak buku dia tu laku tak.aku agak....ahmad maslan dengan ajib gor je baca kot..itu pun kena paksa..free pulak tu..kalau artis...adibah noor bunuh diri ler kalau dapat tawaran tu..kalau lagu....sesuai lagu singer lah dia ni..." SINGA..MENAWAN KELUARGA BAHAGIA..." DIA NGAN AJIB JE LER...taak malu betul lah dia ni...mental minah ni...apa lah nasib ajib dapat bini GILA macam dai ni...hai jib......main catur sorang sorang lah kau lepas ni......????

Tanpa Nama berkata...

lubang lakhanatullah ni kena ronjang dengan kaki beramai BUKKAKE

Tanpa Nama berkata...

tapi lubang telinga melayu dah pekak!! sia-sia je tt bersurah. badak tetap kenyang sbb dia tau melayu mamang banggang!! bagi imam muda ini citer lapok sosialis kah kah
ini punya bangsa che guvera atau mao tak teruja nak pandang daa...
bayangkan korea dah jadi kumpulan elit dunia tapi harimau kokak terkekeh-kekeh nak lwn laos kah kah
yg maju mamak n makcik felda!!
mana ada bangsa di dunia 55 tahun boleh jadi biol dek lobang demi lobang??

RoBOB berkata...

Dalam Quran ada satu surah yang dinamakan Al-Takaatur, Surah 102. Lapan ayat aje... nak baca gi kat sini http://www.masjidtucson.org/quran/noframes/ch102.html#1
Tapi dalam BI.
Cuba tanya Lebai Google apa itu HOARDING...

Tanpa Nama berkata...

Nafsu Rosmah tiada sempadan dan dgn itu tiada penutup utk menutup lubang nye. Betul ke Rosmah mau menutup nye atau mmng dia mahu dbuka, dipamerkan ke seluroh antero dunia?

Tanpa Nama berkata...

Salam TT, kalau TT kata Rosmah tu gemok dan pendek, itulah dia si Rosmah tu dari keluarga kerbau pendek! Kah..kah..kah..

Tanpa Nama berkata...

http://www.surah.my/102

Tanpa Nama berkata...

Badak berendam,,,kahkahkah!!!!!!!steady TT!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Isham,

Mana lagi untuk pembaca kau ikut tulisan kau berkenaan seni,budaya,makanan,sosial etc, dulu ada jugak tulisan kau dekat Off The Edge, The Sun dengan Yahoo. Asyik pasal politik pun bosan jugak.

Kalau ada dan kau masih menulis promote la dekat blog sini, rindu dengan tulisan kau selain berkaitan politik, terima kasih!