Sabtu, 21 November 2026

PAGI INI

PAGI INI








HARI INI

SABTU 21 NOVEMBER 2026

DUNIA AKAN AMAN?


TERAM PUTIN JIN PING
SELESAI BERBINCANG DI SHENZHEN CHINA
TIGA KUASA BESAR BINCANG ARAH DUNIA

Apakah dunia akan aman?

PUSAT DATA
Teram beri arahan semua syarikat AI Amerika tak di benar buka PUSAT DATA di luar negara – kerana DATA akan dicuri oleh China.

INI BERITA BAIK – kerana PUSAT DATA akan guna banyak air dan banyak leterik dan rosakkan alam sekitar.

RUSIA
Ukraine kena serang hebat kerana Rusia marah JAMBATAN menghubung Crimea dengan Rusia di bom Ukraine dengan bantuan Eropah.
PRU 16 
Makin kuat khabar angin bertiup PRU16 akan sampai  cepat – jeng jeng jeng – Pasai apa? PASAI NAK HUMBANKAN ANWAR BIN IBRAHIM SECEPAT MUNGKIN – DAN UMNO kembali berkuasa – jeng jeng jeng. 

Dengar khabar PENJAWAT AWAM dah nak muntah jadi BARUA DAP – jeng jeng jeng – JUGA ? juga apa? Juga .....

HOKKIEN
Pagi ini segar cerah – Langit biru indah – tapi jelas kelihatan RACUN dah di tabur awal pagi – kelihatan laluan RACUN – KL & KL Sentral cerah.

Di Pintu Masuk Cengkerik bersimponi memanggil hujan – Terkukur bersuara dari bukit. Tiong dan Gagak kedengaran juga.

Pagi ini ramai makan. Siti tak kelihatan. Entah ke mana – Gua tabur nasi – dan Friskies –  gua beli  malam kemarin – Gua gumbira.

Pulang di Wakaf Satu ramai menunggu termasuk Puppy Itam kurus – dia dah berani masuk makan.

Bila gua bergerak ramai  Gagak berlabuh – awal lagi gua dah tabur jagung untuk burung.

Hari ini akan panas – sinar dah masuk ke balkoni gua – Minah dah pandai berjemur mandi cahaya.

Jap lagi ke Chow Kit Rutin mingguan.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SABTU 

BRO
Raja menobatkan Undang. Tok Undang melantik Raja

BRO
Ada sama di makan. Tak da sama dicari.

BRO
Hati gajah sapa di lapah. Hati kuman sama dicecah.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI