Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,  Fauzi Shaari yakin ketenteraman awam akan terjamin sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang kini merupakan ahli PAS memberi alasan peralihan kuasa daripada BN kepada Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum tahun 2008 juga berlaku secara aman.

"Saya nak nyatakan tidak ada kerisauan daripada segi ketenteraman awam. Peralihan kuasa akan berlaku secara aman dan damai," katanya sewaktu berucap dalam satu program bersama pemimpin tertinggi PAS di Ampang pagi ini.