Rabu, 23 Oktober 2013

PENCERAHAN DARI PEMBACA




 JATUH KAFIR
Issh ish ish Isham.Jatuh kafir kamu ni.Bertaubat lah cepat2. Allah kata Kristian tak boleh guna Allah. Rujuk Quran 5:73/74. (73)"They surely disbelieve who say: Lo! Allah is the third of three; when there is no God save the One God. If they desist not from so saying a painful doom will fall on those of them who disbelieve. (73)

 Will they not rather turn unto Allah and seek forgiveness of Him? For Allah is Forgiving, Merciful. (74) The Messiah, son of Mary, was no other than a messenger, messengers (the like of whom) had passed away before him. And his mother was a saintly woman. And they both used to eat (earthly) food.

 See how We make the revelations clear for them, and see how they are turned away! Baca debate Pak Yeh dengan Dr MAZA @ http://warongpakyeh.blogspot.com/2013/10/christian-use-of-allah-debate-with.html on LAWAK SEBELUM JUMAAAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/18/13

DAH HABS BACA?
Tuan2 perkara agama jangan di kah..kah kan.. Buat rujukan..dah habis ke baca quran dah sampai terlebih baca veda..rasional le..aqidah sendiri dah betul sgt ker..fahamkan seluasnya..saya pun tak mahu tuhan yang saya sembah dipermainkan ugama lain..bersama kita muhasabah diri on LAWAK SEBELUM JUMAAAT
Anonymous

on 10/18/13

--------

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro...pls visit this site, you are being whacked nicely there..

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/

RIZAL@BUYONG.INC berkata...

Assalamualaikum
Perbahasan dari url ini adalah bagus bagi orang-orang yg kuat imannya, tahu hukum hakam dan ilmu Al quran dan hadith tetapi AMAT BAHAYA kepada yang baru berjinak2 dengan islam walaupun sejak kecil beragama islam. Saya pohon pihak tuan supaya memadam artikel ini kerana pandangan peribadi saya tuan punya blog tersebut lebih banyak menyimpang dari mengembangkan syiar islam. komentar yang disiarkan amat tidak bersesuaian.

Tanpa Nama berkata...

Soalnya bukan pasal kalimah Allah itu sangat yang nak dibincangkan. Perkara besar yang timbul ialah kenapa keristian di semenanjung tak boleh pakai kalimah itu tetapi di sabah dan sarawak dibenarkan pula. Bukankah semua kawasan tu dalam satu pemerintahan, satu pm dan satu Agong. Kenapa ada dua undang2 atau hukum yang berbeza?

Soal boleh atau tidak itu pun masih samar. Ulamak luar negara kata boleh, tetapi ulamak dalam negara kata tak boleh. Soalan yang timbul, tak bolehkah ulamak2 ini bersatu memberi hukum yang benar2 dapat digunapakai oleh umat manusia di seluruh dunia. Kalau dalam hal lain kita boleh bersatu, kenapa tidak pula dalam isu ini?

Cuba bayangkan pula, kristian di sabah boleh guna, tapi bila pi mai semenanjung mereka tak boleh guna pulak. (Cuba bayangkan kalau boleh hisap ganja di sabah tetapi tak boleh hisap ganja di semenanjung... mana rasionalnya?)

Dan satu lagi, yang keluarkan hukum melarang penggunaan kalimah itu dalam kalangan kristian di semenanjung ialah mahkamah sivil. Tidak mampukah mahkamah syariah yang mengeluarkan hukum ini kerana hakimnya maklum tentang islam, tau hal halal haram yang sebenar, kafir ke tak kafir kalau menolaknya.

Dan satu lagi, mulut sesetengah manusia ni macam lebih hebat dari para nabi, lebih hebat dari Allah. Cepat benar keluar perkataan kalau tak setuju jadi murtad, kalau tak setuju jadi kafir. Kalau ia pun, janganlah terus tuduh orang itu kafir ke murtad ke.... Bukankah lebih elok cari jalan penyelesaian yang hakiki dengan cara berbincang, berijmak sesama ulamak. Banyak lagi kerja yang boleh dilakukan selain daripada menuduh itu ini jadi murtad dan kafir. Apa cerita kalau orang sana tuduh kafir , kita bising. Kalau orang sebelah sini tuduh kafir, kita pun sama2 tuduh kafir jugak!

Kita kena ingat, kalau undang2 ni berbeza antara satu kumpulan masyarakat yang sama, maknanya wujud ketidakadilan. Sana boleh buat, sini tak boleh buat. Patutnya, kalau hukumnya haram, bukan sahaja di sini tapi di sana dan di mana2 pelosok dunia, hukumnya mestilah haram.

Kecualilah kalau orang sana dan orang sini percaya pada perbezaan pendapat di mana perbezaan pendapat dibenarkan kalau tiada nas sahih yang boleh dipakai seperti al-quran, hadis, qias atau ijmak ulamak yang terdahulu.

Sudah-sudahlah mengatakan kita sahaja yang betul dan orang lain semuanya salah. Tutuplah mulut tetapi mulalah bergerak menyedarkan golongan muda dan belia yang kini semakin lalai pada hukum utama seperti solat, puasa dan sebagainya. Ingatlah, bila kita terlalu memberatkan benda yang kurang penting, akhirnya kita akan menjadi lalai dan melupakan perkara/ benda yang amat penting.

Tanpa Nama berkata...

Zaman dulu disebabkan perbezaan pendapat maka wujudlah mazhab-mazhab seperti Syafie, Maliki, hambali. Zaman sekarang di negara bolehland, kalau wujud perbezaan pendapat ada bekas mufti yang kata kafir (terkeluar akidah/ sesat/ murtad)

Bukankah pelik? Errrr....tak bolehkah perbezaan pendapat yang berlaku sekarang diselesaikan secara perbincangan atau ijmak ulamak?

Tanpa Nama berkata...

En Rizal.. sila ikut saluran yg betul utk TT padamkan artikel diatas.. pegi jumpa bik mama mintak kebenaran removal dan tadah semangkuk air mata buaya noh gadot..kahkahkah.. skema giler mcm budak tadika 4 tahun..kohkohkoh..

Tanpa Nama berkata...

Siapa sebenarnya berhak menyebut Allah? Allah s.w.t menjawab soalan tersebut di Brunei Darussalam. Sila baca dan fahami berita dari Brunei Darussalam mengenai siapa sebenarnya berhak menyebut Allah.

Tanpa Nama berkata...

Buat yang tak paham

Masalah di Sabah dan serawak telah dibenarkan kerana pada awalnya Sabah dan serawak adalah 2 negara yang menyertai malaysia.. Mereka bukan Masuk malaysia...

Lebih kurang macam negara Asean.. Taraf Sabah dan serawak ialah sama dengan tanah melayu..

Sebab itu Taib boleh suka hati dia buat apasaja dengan serawak.. Sama juga Sabah..

Pada awalnya orang melayu dan Islam di Sabah dan serawak tidak la ramai dan kuat. Maka Semananjung atau tanah melayu tak boleh buat apa.. :)

BN masuk sabah dan serawak adalah atas perancangan licik UMNO yang mahu terus berkuasa.. memberi taraf melayu dan bumiputera ada diberi tanah untuk masuk jadi melayu serta masuk Islam.. Serta kerjasama dengan parti yang inginkan kuasa mereka berterusan di Sabah dan serawak termasuk la Taib tu..

Korek dan gali sejarah.. anda akan temui kebenaran..