KESAH LONG LIBON
DI SAMBUNG LAGI
RIWAYAT ITU BERSAMBUNG LAGI
Hamba
sambung kembali kesah Long Libon. Hujan masih turun mencurah-curah. Kilat sabung
menyabung macam dawai leterik putus tersangkut. Guruh berdentam dentum.
Halilintar memecah bumi. Petir panah
memanah dan guruh letup meletup saperti George Bush sedang menyerang Saddam
Hussein. Hamba merasa takut. Takut kalau-kalau banjir akan sampai. Takut
kalau-kalau rumah Long Libon ini akan dihanyut air.
Mengikut
labon Orang Kampong keluarga Long Libon telah
menjadi kaya samenjak jala Long Libon
tersangkut dalam sungai. Entah apa yang telah menyambar jala itu. Entah apa
yang diperangkap oleh jala. Entah apa yang dibawa jala naik ke darat. Macam
macam kesah didengar.
Ada
Orang Kampong berkesah jala Long Libon telah tersangkut dengan peti harta Qarun. Ada berkesah Long Libon
dapat number ekor dari Vincent Tan. Ada yang berkesah bagaimana George Soros tersilap
menghantar dana. Tiga kotak dolar dan
ringgit yang dihatar oleh George Soros untuk NGO milik Marina Mahathir tetapi
entah macam mana kotak duit ini sampai
ke Long Libon.
Orang
Kampong menggelarkan Long Libon Mat Koyo. Ada yang berkesah nama Mat Koyo ini
muncul kerana Long Libon suka memakai koyok Jepun bila sakit kepala. Ada yang berkesah
koyo ini datang dari perkataan kaya. Satelah jala tersangut keluarga miskin
dihujung kampong ini menjadi kaya. Ini
teori Orang Kampong
Ramai
Orang Kampong mengaku kenal baik dengan
Long Libon. Semua mengakui menjadi Tok
Perawi saheh – membawa kesah Mat Koyo yang saheh. Tetapi biar hamba royak
disini. Amat susah untuk disahehkan
semua kesah-kesah ini. Semua cerita dari mulut Orang Kampong Lidah Bercabang.
Semuanya mungkin betul dan semua mungkin
salah. Kerana itu hamba sendiri datang
nak mencari apa yang benar.
Sedang
hamba ngelamun memandang hujan yang mencurah turun tetiba jantan hamba di
ganggu lagi. Pelesit Sundal Malam masuk
ke ruang tamu membawa sedulang kopi.
Mata hamba berlakon memandang ke arah dulang walhal ketika Pelesit Sundal Malam membongkok menuang
kopi yang jadi sasaran ialah ehem
ehem... malu nak cakap. Tapi jawapannya gagal. Tidak ada apa-apa yang terbuka.
Long
Lobon datang menghampiri hamba. Sambil menggulong tambakau sambil
bercerita. Ntah kenapa cerita yang dikesah semuanya seram dan menakutkan.
“
Kau tahu Badangkan? Kau tahu muntah
hantu? Kau pernah jumpa Hantu Raya?” Dia
bertanya sambil matanya memandang tepat muka hamba. Belum sempat hamba menjawab
Long Libon bersuara lagi. “Tu... Mahathir
yang kau nampak tu... itu bukan Mahathir..itu hantu raya. Mahathir udah
lama mati. ”
“
Kau tahu kenapa Rosmah gemok macam itu... dia tersalah pakai susuk. Tok Bomoh
dah siapkan susuk emas. Tapi ada orang kelepet susuk emas itu...ganti dengan
jarum peniti. Tu pasal dia jadi gemok dan muka nampak masam. Kau ingat aku ni bohong ke? Kau ingat Bala... Bala
yang jaga Altantuya tu mati kerana apa? Bukan kerana sakit jantung
laaa.. aku tahu... dia kena buatan Bomoh India”.
Hamba
terpinga-pinga. Hamba tidak ada pilihan melainkan mendengar semua kuliah ‘ hantu, jin dan
polong’ yang keluar dari mulut Long Libon. Untuk menyedapkan cerita kesemua
anak beranak sokong menyokong. Ayah kata ini. Emak kata itu. Tiga orang anak
angguk mengangguk. Hamba seorang sahaja yang melopong mendengar. Yang
menjadikan hamba kecewa ialah Pelesit Sundal Malam pun turut sama mengaminkan
apa sahaja hantu yang keluar dari mulut ayahandanya.
Dipendekkan
cerita, esoknya sesudah minum pagi Long Libon a.k.a Mat Koyo sudah berjanji
untuk membawa hamba ke tempat jala
tersangkut. Hati hamba berdebar-debar. Apakah rahsia yang akan menjelma. Apakah Hantu Raya Mahathir akan datang atau Bomoh
India akan muncul.
Kami
berempat sampai ke tempat yang ditujui. Bukan ditepi sungai. Bukan ditebing
jala tersangkut. Tapi dihadapan sebuah bukit batu. Tanpa banyak becakap Long
Libon menghampiri tembok batu itu dan membisikan sesuatu. Tetiba tembok batu
itu terbuka luas. Dengan tanda isyarat
Long Libon menjemput kami masuk. Hamba
diapit oleh Pidun dan Kitam.
Apa
yang hamba lihat dalam gua ini terlalu
payah untuk hamba kesahkan. Mungkin ramai akan menuduh hamba ini membawa kesah
kurafat. Membawa kesah karut marut. Membuat onar mengoncang akidah. Tetapi
hamba rasa kesah ini wajib disampaikan kepada anak cucu cicit kita agar mereka
akan menurunkan riwayat ini kepada anak
cucu cicit mereka pula.
Macam
tak percaya apa yang hamba lihat dalam
gua batu ini. Dua buah injin jet tegak berdiri. Sahehlah ini injin jet TUDM
kerana diinjin itu ada tertulis dalam tulisan Jawi : Kalau kantoi tuduh Muthu Towkay
Besi Buruk. TUDM rules okay! Mulut hamba ternganga melihat injin jet ini.
Rupa-rupanya dalam gua ini ianya tersimpan.
Kami
berjalan lagi hingga sampai ke satu petak yang agak terang. Disini mata hamba
menjadi kabur. Kabur kerana tak percaya apa yang sedang hamba lihat. Diatas
sebuah meja batu tersusun pistol-pistol pelbagai jenis. Mata hamba mula
menghitung. Ada terkira 44 pucuk pistol. Tak jauh dari meja pistol itu hamba
ternampak tiga butir bom. Jelas bertulis C4. Di sebelah bom itu kelihat 14
laras senapang jenis lama, 5 pucuk
Styner dan 6 pucuk Kalashinikov. Di tepi bom C4 itu ada sahelai kertas berrtulis : Bukan Razak
Baginda Yang Curi.
‘
Semua ini adalah senjata polis dan tentera kita yang dikatakan hilang. Lihat
disana ada 44 pistol polis. Inilah
pistol yang dikatakan jatuh ke dalam air oleh Zahid Hamidi. Tujuh pistol itu
agak kemik sadikit kerana jatuh dari lubang jamban. Kemik kerana lubang jamban
itu agak kecik. Lihat di sana ada beberapa buah walkie talkie... semua ini
harta PDRM..”
Demi
Zeus apabila hamba hampir jatuh pengsan. Senjata ini memang telah dilaporkan
hilang. Injin jet ini telah lama dicari tak jumpa jumpa. Dalam laporan tahunan
audit negara yang terbaru memang ada laporan pistol polis hilang.Tetapi bagaimana
injin jet ini, senapang ini dan pistol ini masuk ke dalam gua ini.
“
Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Zahid Hamidi tentang pistol dan senapang
jatuh ke dalam air adalah betul. Hanya
parti pembangkang yang suka membuat heboh. Tuduh sana tuduh sini. Mereka tidak
tahu cerita sebenar. Kami sekeluarga
sahaja yang tahu apa yang sebenar berlaku. Kami tak membawa cerita kepada
sesiapa pun. Ini janji kami dengan Wong Kaitong.”
Siapa
pulak Wong Kaitong? Belum pun sempat
hamba membuka mulut untuk bertanya Long Libon terus bersurah panjang.
Rupa-rupanya jala Long Libon telah tersangkut
dengan anak Jin Afrit Wong Kaitong – Raja Sungai Parit Longkang dan
Segala Jamban. Long Libong telah melepaskan
anak Wong Kaitong dari perangkap jala maka
sebagai hadiahnya Raja Sungai Parit Longkang
dan Segala Jamban ini telah memberi mantra sakti untuk membuka mana-mana gua
batu dalam dunia ini.
Memang
susah hendak dipercayai riwayat ini. Tetapi hamba telah melihat dengan mata
sendiri 44 pucuk pistol PDRM terletak
dimeja batu. Malah mengikut surah Long
Libon pistol PDRM yang ditemui dalam jamban itu mungkin akan berkarat kalau tidak di selamatkan oleh Wong
Kaitong.
Maka
hamba tersedar bahawa rupa-rupanya selama ini ada makhluk yang menjadi Raja
yang menjaga sungai parit dan jamban. Hamba tidak menyangka bagitu besar peranan Raja ini. Rupa-rupanya
Raja inilah yang telah menyelamatkan semua pistol PDRM yang terjatuh ke dalam
sungai, parit, longkang, kolam dan jamban. Bersyukur!
Hamba
termenong sabentar. Bagaimana dengan bom C4? Kenapa dia ada disini? Apakah ada
juga Raja Jin Afrit yang menjaga bom ini?
Long Libon macam tahu sahaja apa yang ada dalam kepala hamba.
“
Bom C4 itu telah dijumpai dalam jamban di Bukit Damansara. Wong Kaitong telah menyelamat Damansara
kerana semua jamban-jamban telah tersumbat kerana ada orang menyimpan bom ini
didalam jamban”. Mata hamba terbeliak bila mendengar bab ini.
Kami
pun berundur ke pintu gua. Long Libon dengan senyum terus bercerita. “Sesekali aku pun buka pintu gua lain’. Maka hamba terfikir mungkin dalam gua yang
lain ini Long Libon terjumpa emas atau
micro chip yang pernah hilang di Sebrang Prai. Mungkin inilah yang menjadikan
keluarga ini berubah nasib.
Dekat
pintu, kami sekali lagi berhadapan dengan dua jet injin. Mata hamba memandang
tepat dan cuba mencari jawapan dimana agaknya
injin ini ditemui oleh Wong Kaitong. Mungkin dalam Sungai Perak atau
Sungai Pahang.
‘
Aku tahu apa yang dalam kepala kamu. Kamu nak tahu dari mana injin jet ini
ditemui. Jangan terperanjat. Jet ini ini di temui oleh Wong Kaitong dalam
jamban Rosmah di Putrajaya.” Mulut hamba terbuka luas. Demi Kala Dewata hebat
sungguh Wong Kaitong.
Akhirnya
hamba berpuas hati. Lalu meminta diri untuk pulang. Ditengah jalan baru teringat hamba belum dapat jawapan kenapa minah cun
gadis sunti itu diberi nama Pelesit Sundal Malam. Mungkin itu kesah lain. ( TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
sesiapa yang mahu melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-10-45
-----------
17 ulasan:
bro tt...ko nie mmg brilliant...ko nie sasterawan bg pihak pakatan rakyat...kalu ko duk UK,da lama queen anugerahkan u title " SIR" kat u....anyway taniah keep it up....have fun enjoy life.
saya paling tak suka baca crita sastera .....tp crita sastera bro tt saya minat betul...tak stress sangat,bahasa mudah ,ringkas dah senang difahami...kalu sastera bro tt masok dalam paper exam "SPM",i pasti skor "A" puyer..tima kasi bro tt...plz keluarkan buku sastera bro tt...i tak nak jadi mcm "Hassan Malik"...syabas ,U R The Best!
Bro..
terima kasih kerana mencerikan hari aku..dikala daku dirundung kegawatan ekonomi..nak tengah bulan ni bro...
budget tak lepas ni..
Klasik sungguh cerita ni..nak terkentut2 aku ketawa membaca..mana nak dapat story yang sahih dan telus ni bro..
Simpati aku juga kat kak semah..terkena penangan jarum peniti.. tu yang macam totttt..tak sangup aku mengutuk kak semah..simpati bebenor..kahkahkahkah
I luv u bro tt...
yo bro tt.., cerita lu sempoy cam lahanat tapi gua suka sangat-sangat... lama gak gua tak beri komen kat mana-mana blog maya.. to be frankly bro tt., I loved your 'tales' since ' anak penghulu tua ngan bik mama ' .. well 2009 was the year (or was it ?)
kau memang celaka....
macam2 idea....
bulls eye......
teruskan bercerita....
kah...kah...kah....
hanya cia kenal cia..hanya sasterawan kenal sasterawan..hanya pejuang kenal pejuang..kah kah kah buat buku millionaire lah penulis ni...woit nak tanya long libon cia ke? kah kah
Apa nak komen yer??
Gelak ajerlah...
Kah,kah,kah,kah,kah,kah.....
TT punya power buat aku rasa macam nak menangis je ni..
artistic
takan takda batu bersurat kastam cencen jota 24 dan rekod imigresen altantoya dalam gua tu....mesti ada mambang darat,laut atau sungai yang memantau akaun bank tabungan dari kecik-kecik
kali ni u punya story mat gelap gelap makan pun boleh tercekik sebab tergelak,sampaikan tengah sedap punya kunyah teringat u punya story,baik gua tak kojol tersedak sebab teringat u punya story
Bro tt, gua cadangkan supaya semua cerita sastera u di kumpul..dan di buku kan...ramai yg akan beli buku sastera u....hasilnya buku tu ko ambik separuh, yg separuh lg ko kasi dapur jalanan...Tq for all ur stories..
ha..ha..ha..Bro TT saya suka idea bro..klasik dalam sindiran..mengena..!!lepas ni sila
bukukan dari crita yang dulu-dulu sampailah sekarang...saya nak beli.
Ini baru real idea terlarang yang sangat2 terlarang . Ahaha , budak kecik , orang muda , orang tua , orang "hasan malek(bodoh)" , orang ceredik , semua boleh paham ! Ni kalau MIG Production amik plot cite ni buat movie mau pecah panggung , kalah cerita aca aca pecah panggung "tanda putera" . Ahahahaha ,
Malam ni bini rosmah baca..1000 tahun tak lelap lena pasal enjin jet yg hilang tu.. silap haribulan, dia pun sama terkentut2 tak yahan cerita seram tt.. sebenarnya bukan beli pun enjin2 jet tu..tapi bini rosmah markup dlm proposal jer.. duit kerajaan yg dibayartu, trus solid molid masuk poket terkangkang2..wow bestnyer.. patut la pemimpin UMNO dan mufti2 sibuk suruh bersyukur.. dia merembat juta2 beliung.. alih2 kita pulak nak kena bersyukur.. syukur kepala bana haper ni???
weiii tt bab kecek jarum peniti tu nan indak tahan...kok c rusmah mambaco lu punyo carito iko mau tosodak pangka anak tokak dio
kat meja tu lebih pistol...pistol saper yg lebih tu..ada 9 pistol lebih...laporan audit tahun tahun sebelum ni betul ke tidak ni...?
Catat Ulasan