Khamis, 7 November 2013

TANGKAP DAN DAKWA





Kenyataan Umum
6 November 2013

PENGAKUAN TUN MAHATHIR: AG PERLU DIBEKU DAN DIBERKAS SEGERA

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras supaya segala aktiviti yang melibatkan pihak Peguam Negara (AG) dibekukan segera. Ia ekoran pengakuan Tun Mahathir yang mengaitkan Tan Sri Gani Patail sebagai pengintip dan agen CIA. SAMM menyifatkan dakwaan ini sebagai sangat serius.

Di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88 seksyen 3) memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup di atas kesalahan 'Pengintipan bagi maksud yang mudarat kepada keselamatan atau kepentingan Malaysia'. Maka Tan Sri Gani Patail harus diberkas dan dibicarakan serta-merta bagi menjamin negara ini berada dalam kedudukan lebih selamat.

SAMM juga menggesa agar Tun Mahathir tampil membuat penjelasan lebih terperinci mengenai dakwaan serius yang dilontarnya.

SAMM tidak menolak kemungkinan antara kecelaruan dan musibah yang berlaku adalah termasuk melibatkan pemalsuan bukti dalam kes liwat DS Anwar Ibrahim dan juga menyebabkan kekalahan Pulau Batu Puteh di mahkamah antarabangsa. Pulau Batu Puteh juga tidak wajar terlepas namun apakah mungkin ianya diatur demi kedudukan strategik Singapura yang menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat.

Laporan polis akan dilakukan oleh SAMM dan sekutu di seluruh negara dalam masa terdekat.

Sekian,

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


----------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sbnrnya kalau di negara luar semalam jugak mahathir dan konco koncony ditangkap serta gani petai juga ditangkap dibawah akta sosma.
kes pembabitan perisikan sesebuah negara asing tidak boleh dibuat main...sekiranya hanya tohmahan mahathir harus dihukum kerana keadaan amat memabukkan semalam..sekiranya benar mahathir jugak harus ditangkap kerana mejangkaui sumber perisikan malaysia..
korang perasan tak ..negara kita malaysia berdepan isu ni mcm main main...tak serius..patutnya semalam dah ada perintah reman untuk mhathir dan gani patail...kalau cia bunuh mahathir dan petai.
.how..? that why they called it intelligent..

Tanpa Nama berkata...

Gani 4 tahil sudah jadi selipar buruk dah.. kalo nak resign, tahun lepas ok lagi.. skrg dah yerlalu lambat utk bertaubat.. sodakollohulazimmm