Sabtu, 14 November 2015

KESAH HAJI DAN HAJJAH








INi KESAH

HAJi & HAJJAH

REMBAT DUiT

ANAK YATiM

UNTUK ENJOY

MAiN GOLF

Di AMERiKA




JAMIL KHIR GUNA WANG YaPEIM BIAYAI PERJALANAN KE LUAR NEGARA BERSAMA ISTERI, MAIN GOLF DAN LAWATAN KE PUSAT MEMBELI-BELAH DENGAN JUMLAH KESELURUHAN RM 410, 978.56

National Oversight and Whistleblowers (NOW) hari ini tampil dengan pendedahan yang paling mengejutkan berkaitan skandal melibatkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dimana wang yang sepatutnya digunakan untuk amal jariah telah disalah gunakan oleh Menteri Hal Ehwal Islam, Y.B Tuan Haji Jamil Khir Baharom.
Mengikut dokumen yang NOW perolehi, Haji Jamil Khir Baharom bersama isteri beliau  Hajjah Fatmawati Saidin dan seorang lagi individu bernama Cik Biby Haslinda telah mengikuti satu rombongan ke Amerikat Syarikat bagi tempoh perjalanan 21 Mei 2014 sehingga 29 Mei 2014.
Lawatan Haji Jamil Khir Baharom bersama isteri dan rombongannya dikatakan melewati bandar Washington D.C, Minnesota dan Iowa.
Walaupun perjalanan tersebut dikatakan untuk tujuan ‘Pemantapan dan Pemerkasaan Kelab Santun YaPEIM’, berdasarkan perbelanjaan-perbelanjaan yang dicaj dan dibayar oleh YaPEIM adalah bersifat bersuka ria dan langsung tiada unsur amal jariah.
Di antara pembayaran yang telah dibuat adalah seperti berikut:-
1.      Golf – keraian Menteri
2.      Jamuan Promosi / keraian VVIP ( flower Chocolates and Fresh Fruits)
3.      Jamuan Makan – keraian Menteri
4.       Cenderahati Menteri
5.      22, 23, 26 & 27 Mei 2014 (GROUP: VVIP) USAGE TO LEESBURG OUTLET + OT
Berdasarkan semakan kami, Leesburg Corner Premium Outlet merupakan sebuah Pusat Membeli-belah “upscale outlet” barangan berjenama yang terletak di Washington DC yang dikunjungi oleh rombongan Menteri Hal Ehwal Islam sebanyak 4 hari dimana perbelanjaan pengangkutan sahaja mencecah RM 5,908.35.
Lebih mendukacitakan lagi, pembayaran bagi perbelanjaan-perbelanjaan oleh Menteri dan rombongannya ini dibuat melalui institusi dibawah kawalan YaPEIM iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) yang mana duit tersebut adalah khusus untuk kegunaan bantuan anak yatim dan miskin.
Lembaga Pengarah PEMANGKIN adalah  Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin iaitu pemimpin Wanita UMNO yang berpengaruh di YaPEIM manakala  Haji Abd. Malek B. Awang Kechil merupakan pengerusi PEMANGKIN. Kedua-dua individu inilah yang dilantik oleh Jamil Khir sebagai Presiden dan Pengerusi serta Timbalan Presiden dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM.
Jumlah keseluruhan perbelanjaan yang diambil daripada tabung anak yatim dan miskin bagi menampung perjalanan Haji Jamil Khir Baharom bersama isteri dan rombongannya dianggarkan sebanyak RM 410, 978. 56.
Saya pasti pendedahan ini menjangkau imaginasi rakyat Malaysia bagaimana satu badan Yayasan berkaitan Islam yang terletak di bawah YAB Perdana Menteri boleh disalah gunakan untuk aktiviti-aktiviti Menteri seperti golf, ke pusat membeli-belah dan sebagainya.
NOW dengan ini mendesak agar satu siasatan secara menyeluruh dijalankan dimana setiap perbelanjaan YaPEIM dan institusi-institusi dibawah YaPEIM disemak dan diaudit secara terbuka kerana rakyat terutamanya pencarum berhak mengetahui setiap perbelanjaan yang dibuat.
Siasatan ini juga perlu mengesan jumlah wang yang hilang akibat ketirisan, kebocoran dan salah guna kedudukan.
Buat  Haji Jamil Khir Baharom, jika beliau masih mempunyai maruah, beliau sewajarnya meletakkan jawatan dengan serta-merta dan tampil memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia kerana telah menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yang diperoleh daripada hasil sumbangan orang ramai.
NOW juga menuntut agar  Haji Jamil Khir Baharom,  Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin dan Haji Abd. Malek B. Awang Kechil memulangkan kembali setiap sen yang diambil daripada YaPEIM termasuk gaji, elaun dan juga perbelanjaan perjalanan luar negara.
Kita sama-sama doakan agar ketiga-tiga individu ini akur dengan kesilapan mereka dan memulangkan kembali wang kepada YaPEIM, pengurusan YaPEIM perlu dirombak dan pengurusan baru perlu memastikan setiap wang tersebut diagihkan kepada mereka yang benar-benar susah dan turut melaporkan kemajuan agihan secara berkala dan terbuka.
 AKMAL NASIR 
PENGARAH NOW




-------------------

2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Kes guna duit anak yatim untuk berfoya ke Amirika .. kes ini telah mendatangkan kemaluan yg besar pada Ustaaz Haji Jamil Khir. Walaupun Haji Jamil ada sebut nak SAMAN .. tapi bila dipikir balik, Haji Jamil ni rasa bersyukur teramat sangat pulak .. ialah kemaluan dah besar, pristasi pun semakin baik .. isteri pun semakin LEBAR senyumnya?? Dah lah dapat pi Amerika secara percuma .. sekarang ni malam semakin pendek pulak rasanya .. jadi ke tidak nak saman ni.

Tanpa Nama berkata...

Tuduhan bahawa jamil khir mencuri duit anak yatim adalah fitnah semata-mata. Satu fitnah yang direkacipta oleh golongan yahudi, nasrani, komunis, kapitalis, LGBT, ISIS, Dhong Zong, Tamil Tigers, etc. uituk memburuk-burukkan seorang pemimpin Islam yang progresif dan berwasatiyyah.

jamil khir adalah seorang ulama serta pemimpin ummah. Sebagai ulama, beliau mempunyai pertalian istimewa dengan Allah swt. Usaha-usaha beliau menegakkan syiar Islam di bumi bertuah ini diberkati oleh Allah swt. Sebagai ganjaran, Allah swt. memberi kunci perbendaharaan YaPEIM kepada belliau.

Penggunaan oleh jamil khir duit anak yatim untuk berjoli di Amerika Syarikat tidak boleh ditafsirkan sebagai satu salah guna kuasa atau pencabulan amanah. Penggunaan wang tersebut HARUS ditafsirkan sebagai kurniaan rezeki limpah-ruah dari Allah swt. kepada insan yang dipilihNya.