.

Selasa, 1 Mac 2016

SATU LAGI BANGUN MELAWAN








KITA BERSATU

LAWAN

MUSUH SAMA


Misi selamatkan negara: Amanah sedia beri kerjasam
SELAYANG - Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyatakan kesediaan untuk bersama dengan mana-mana pihak yang sedang merancang misi selamatkan negara.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata, ia bagi membantu merealisasikan perjuangan reformasi yang dibawa Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan selama ini.

"Kami bersama dalam mana-mana gerakan yang menolak penyelewengan dan salah guna kuasa.

"Pada waktu yang sama, kami mendesak agak reformasi institusi negara secara menyeluruh dapat disegerakan dengan menukar kerajaan sedia ada secara demokratik," katanya ketika sidang media di Wisma Amanah, di sini, hari ini.

Beliau dalam pada itu meminta semua pihak mengambil serius gesaan bekas Perdana Menteri,  Mahathir Mohamad terhadap apa yang berlaku dalam negara pada masa kini.
Menurut Mohamad, gesaan Mahathir yang meminta semua pihak bangkit menyelamatkan negara merupakan langkah wajar memandangkan negara kini berada dalam keadaan kritikal.

"Krisis kepercayaan terhadap kepimpinan dan kedaulatan negara sudah sampai ke kemuncaknya.

"Semalam, Mahathir telah melahirkan rasa kesalnya ke atas apa yang berlaku dan menyeru ahli-ahli Umno supaya meninggalkan kepentingan parti demi menyelamatkan negara dari kepincangan. Gesaannya perlu dipandang serius memandangkan beliau merupakan seorang tokoh," katanya lagi.

SUDAH BERAT

suasana negara

amat buruk

ringgit jatuh nilai

warga ilang kerja

barang mahal

tol naik harga

tabung haji rugi

felda fgv rugi

duit negara 

kena rembat

hutang negara

tambah berganda

najib masih joli 

buat tak reti

TAK SEDAR?

------------

2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Bila minyak naik, tol pon naik, katanya kos selenggara naik. Bila minyak turun, tol tetap naik, katanya rugi. Janji PRU13 pasal tol dah jadi janji tipu .. tipu .. tipu .. tipu .. tipu .. tipu .. tipu ..

Tanpa Nama berkata...

Apa united front ni tt,dh macam nama united malay je,kasi la nama melayu melambangkan malaysia.umno ditubuhkan British mmgle guna united.. Kalo yg org melayu pun pakai united mcm same je ape British punya plan.tukarle nama tukartiub front ke, tiubpecah front ke.kahkahkahkah