.

Selasa, 10 Mei 2016

IKAN BAKAR DAN ALI TINJU






PAYAH SUSAH

MAKIN PARAH


BN kalah teruk jika Jamal Yunos calon PRK Sungai Besar – Ali Tinju


BN bukan saja akan kalah, ia akan menghabiskan wang dan tenaga parti.

PETALING JAYA: BN akan kalah teruk jika mencalonkan Jamal Md Yunos bertanding dalam PRK Sungai Besar bagi menggantikan penyandangnya, Noriah Kasnon yang meninggal dunia dalam nahas helikopter terhempas minggu lalu.
Presiden Gerakan Baju Merah Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju berkata, BN bukan saja akan kalah namun ia bakal menghabiskan wang dan tenaga parti saja.
“Kalau BN angkat  Jamal sebagai calon, kemungkinan besar kita akan dapat tong ikan saja, ikan habis, tinggal tong sajalah, maknanya parti habis duit, kekalahan yang kita dapat.
“Jamal ini belum layak lagi bergelar YB dan tidak semestinya dia sebagai ketua Umno Bahagian Sungai Besar dia akan dicalonkan. Nak menjadi calon mesti ada perwatakan seimbang, bercakap tak merapu dan tidak syok sendiri.

MEMILI

ANTARA

DUA MALAON

SATU DILEMA

MALAYU

SEPANJANG 

ZAMAN

KAH KAH KAH


-----------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos enggan mengulas ramalan Presiden Gerakan Baju Merah, Mohd Ali Baharom bahawa BN akan kalah besar jika beliau bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.
Ini kerana tegasnya, Mohd Ali yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju tidak setaraf dengannya.
“Kalau Ali Tinju ini saya malas dah nak komen. Dia bukan ‘standard’ saya nak komen. Saya tak nak komen mengenai apa-apa berkaitan Ali Tidnju,” ....

berebut dedak???

Tanpa Nama berkata...

KAN KETAM BATU ORI tu

biasa lah

BAHALOL

Tanpa Nama berkata...

Dulu yg bikin havoc kat petaling street 2 ekor malaon ni kan? Jamal dan ali kan? Dah gaduh gaduh ke dua ekor ni? Tanya jer.

Upah tak dapat ke? Atau dapat tapi tak sama banyak? Tanya jer.

Tanpa Nama berkata...

ni tandanya punca ekonomi semakin kecil..ketika ini adalah peluang merebut punca eknomi sebelum najib rosmah ditangkap fbi..fbi ketika ini sedang belajar bahasa jawa, sedang belajar makan sambal belancan tempe nasi ambeng..fbi sudah masuk menjadi murid2 tahfiz..ali tinju dilihat memancing ketika kebencian cina terhadap dato jamal..tp kena ingat laksamana ali tinju, apakata noh omar..apakata udang2 belaannya..kalo jamal sponsor burger utk fbi, takkan ali tinju nak sponsor awek pinoy mkn manok..ni peluang kpd pas utk mjdi pilihan syurgawi..jgn risau pas, penduduk2 disana rata2nya adalah islamic tawudk dan tduduk dgn serban dan jubah..mrk tak pedulik apa yg ada dlm jubah, tak kisah la dlm serban atau jubah ada sotong ke ada duit ke janji syurgawi..pan jgn mimpi berahi..penduduk sana tak perlu kisah dgn gst 1mdb.tak perlu kisah subsidi pelajaran ditarik sb rata2 mrk mahu tokey2 sperti dato jamal atau x pengerusi spr..kalo penduduk memilih lain dari umno bn pasti kampung mereka diISAkan..

Tanpa Nama berkata...

awas...ini semua sebenarnya ' decoy '