Isnin, 29 Ogos 2016

SALUT ANAK MUDA PELAJAR





Tabik kepada semangat patriotik mahasiswa 

dalam Himpunan TangkapMO1

ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon tabik kepada semua mahasiswa dan anak muda yang hadir ke himpunan #TangkapMO1. Keberanian dan kesungguhan mereka telah membawa harapan kepada masa depan negara serta gerakan reformasi. Kebangkitan mahasiswa telah menunjukkan kepimpinan generasi baru dan membuktikan bahawa perhimpunan aman dapat dijalankan sekirannya pihak polis tidak menjalankan penindasan.

Negara kita di ambang malapetaka, gejala rasuah berleluasa, skandal 1MDB telah mengakibatkan kemerosotan ekonomi negara serta kejatuhan nilai mata wang ringgit. Rakyat terpaksa menanggung implikasi buruk cukai GST yang menyebabkan kos hidup melambung tinggi.

Maka, semua yang mengambil bahagian dalam himpunan telah menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi dan mulia serta mendorong kematangan demokrasi. Peranan anak muda dan mahasiswa bukan semata-matanya menimba ilmu di universiti, malahan perlu mengambil berat tentang isu-isu sosial serta menyuarakan pandangan mereka sendiri. Tindakan mahasiswa juga merupakan hadiah yang paling bermakna sempena negara kita menyambut Hari Merdeka ke-59.

Walaupun terdapat sesetengah orang mempersoalkan tentang hasil daripada perhimpunan aman. Adakah Perdana Menteri Najib Razak akan meletak jawatan akibat daripada desakan orang ramai? Selaginya Malaysia Official One terus bermaharajalela, maka reformasi dan perubahan sistem tidak dapat dijalankan. Sementara menunggu tarikh Himpunan Bersih5, adalah lebih baik parti-parti politik dan masyarakat sivil mengadakan jelejah ke seluruh negara untuk memberi penerangan tentang masalah yang dihadapi oleh negara agar kesedaran politik dapat sampai ke kawasan bandar dan desa.

Di samping itu,  penyampaian maklumat tentang skandal 1MDB serta tindakan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ)  kepada semua lapisan masyarakat adalah penting supaya mereka sedar akan kepentingan untuk menyelamatkan negara dengan memberi tekanan kepada kerajaan serta membawa pegawai dan pihak yang terlibat dalam rasuah ke muka pengadilan.

ADUN Machang Bubuk juga akan terus bekerjasama dengan mahasiswa untuk menyebarkan mesej #TangkapMO1 kepada setiap pengundi supaya mereka dapat menyertai gerakan selamatkan Malaysia serta memperkukuhkan gerakan reformasi.



Lee Khai Loon
ADUN Machang Bubuk
Setiausaha Pengelola KEADILAN Pulau Pinang



------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bebudak sekolah tinggi sekarang sudah ada OTAK dan tahu hidup jadi ORANG

Tahniah mak bapak tak bagi DEDAK pada anak anak mereka

Yang lain lahap DEDAK macam nasi lemak tuh BHALOL

Tanpa Nama berkata...

isam dol dah jadi me-layu, mudah lupa????????takkan mo1 je? mahafiraun maner?