.

Ahad, 26 Mac 2017

KENA TIPU SEKALI LAGI








ULARMAK

KENA TIPU

LAGI SEKALI

PADAN MUKA

RUU355: 'Selesailah sandiwara Pas ditipu'

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menyifatkan pengumuman Tuan Haji Zahid Hamidi bahawa kerajaan BN akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) 355 sebagai pengakhiran 'sandiwara' Pas dibohongi.

Menurutnya, isu berkaitan pelaksanaan undang-Undang jenayah Syariah atau hukum hudud di Kelantan telah dibincangkan dalam mesyuarat Pas Pusat sejak beberapa tahun lalu ketika beliau dan beberapa pimpinan lain masih berada dalam Pas.

Satu jawatankuasa melibatkan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Kelantan, jelasnya, diputuskan dengan masing-masing dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tuan Haji Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Tuan Haji Mohd Amar Nik Abdullah.

"Sebenarnya, selesailah sebuah sandiwara Pas ditipu bila dengan tiba-tiba Zahid mengumumkan kerajaanlah yang akan membawa Rang Undang-undang 355.

"Saya bertanggungjawab dunia sampai akhirat untuk saya beritahu rakyat pada malam ini (kelmarin). Kita bincang isu ini tahun 2013, 2014, 2015 sebelum kami mengakhiri perjuangan dalam Pas setelah muktamar 2015," ujarnya dalam ceramah di Pasir Tumboh, Kelantan kelmarin.

Mengimbas situasi polemik hukum hudud itu, beliau menceritakan bagaimana Ketua Biro Undang-undang Amanah, Hanipa Maidin yang ketika itu Ahli Jawatankuasa Pas tegas supaya hal tersebut bukan sekadar mainan politik.

"Peguam Hanipa berhujah dalam mesuarat Pas pusat - 'Kita ini betul ke nak sungguh buat hudud atau main politik? Ini diminitkan dalam mesyuarat.

"Kalau sungguh supaya dapat buat untuk Kelantan ia mesti dibawa kerajaan yang memerintah. Maka, parti putuskan ditubuhkan jawatankuasa dua pihak - kerajaan pusat dan negeri.

"Bila kerajaan bawa rang undang-undang maka dia akan pastikan parti-parti dalam BN sokong rang undang-undang itu. Kalau kita bawa atas nama usul persendirian belum tentu (dapat)," jelasnya dalam program sempena penubuhan sembilan Cawangan Amanah di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Tumboh itu.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, Jamil Khir kemudiannya meminta  Haji Abdul Hadi Awang pula membentangkan pindaan Akta 355 sebagai usul persendirian.
"Dia (Jamil Khir) kata Paslah bawa sebab kalau kami (kerajaan BN) bawa susah, kami kena mengadap raja-raja Melayu dulu.

"Rang undang-undang ini bukan boleh bual di kedai kopi, cakap tengah padang. Ada peraturan-peraturannya. Umno sendiri kena mengadap raja-raja Melayu kerana hal agama di bawah raja-raja Melayu.

"Kalaulah Umno susah nak bawa, adakah (Ahli Parlimen) Marang logik bawa (rang) undang-undang itu? Memang Umno mengenakan Pas, memecahkan Pakatan Rakyat. Hudud pun tidak boleh buat lagi.

"Berpanjanganlah (polemik) sedangkan dalam mesyuarat (Pas Pusat) sudah bincang pilih sama ada mahu jalan yang cerah atau berbelit-belit," tegas Salahuddin.

Mengulas lanjut, bekas Naib Presiden Pas itu berpendapat Umno sebenarnya tidak memerlukan Pas jika parti itu benar-benar mahu melaksanakan hudud.

"Alwi (Adun BN Kok Lanas) menangis (menyokong hudud) dalam dewan (sidang Dun Kelantan pada 18 Mac 2015). Orang Pas teruja tengok betapa ikhlasnya Umno menangis. Inilah masa Umno bersama Pas.

"Padahal, Umno nak buat hudud tidak perlu Pas. Kenapa Umno tidak menangis di Terengganu, Johor? Melainkan Umno gunakan Pas untuk kepentingan dia.

"Kita (Pembangkang) akhirnya berpecah belah. Rakyat jadi keliru dan Pas jadi parti paling tidak boleh dipercayai," tambah Salahuddin lagi.


PATUT PUN

DITIPU

TAK ADA 

KERJA LAIN

BAGI SUSAH

ORANG HIDUP





----------------

3 ulasan:

DIDI KOTA BELUD berkata...

pas ni dahcm jual ikan kat tepi kaki lima..beza eh..ikan laut ngan ikan sungai..beza eh lagi..samada ikan tu makan taik ke idak.. beza eh lagi..sama ada ikan tu ayam ke sotong....kakkakakakakakakak

Tanpa Nama berkata...

Aisey tt, kau pecaye sangatlah dengan cakap bayi buangan pas ni. Dia ni kena kutip dek amanah sedangkan emak dia tak diketahui pun siapa, apa nama. Bapak dia je kita tau, pak ayob. Ala, pak ayob dalam komik gila-gila tu. Aku malas la pulak nak gugel siapa bini ayob tu. Jadi tanpa kenal ibubapak dia atau salahsorang, maka dia adalah stranger bagi kita. Atau orangputeh kata dont talk to strangers, dont trust a stranger. Tapi, tanda paling mudah dan paling besar nak tau dia ni tak boleh kita pecaye ialah: NAMA dia pun dah bagitau terang2, SALAH!!!

Tanpa Nama berkata...

PAS kan orang orang BODOH

Biasa lah

Alamak nak 90 Juta saja

Ada Q7 sapa nak bagi jadi Orang Bodoh

Melayu Felda lagi NGOK!

Terus papa kedana miskin tak ada Q7