.

Khamis, 27 Julai 2017

MELAKA MELAKA MELAKA





MELAKA

MELAKA

MELAKA


Pelajar tahun satu dituduh rogol budak tadika


SEORANG budak lelaki berusia tujuh tahun didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan, lapor The Star Online.

Laporan polis dibuat ibu kanak-kanak perempuan itu pada 20 Julai lalu selepas anaknya yang berusia enam tahun mengadu kesakitan selepas pulang dari rumah penjaganya pada malam 19 Julai.

Selepas diperiksa, ibunya menemui tanda merah di alat sulit anak perempuannya itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Kamaluddin Kassim mengarahkan pegawainyanya menjalankan siasatan dengan lebih teliti dan waspada kerana kes itu melibatkan dua orang kanak-kanak.

Anak patung digunakan polis semasa proses siasatan bagi merekod kenyataan daripada mangsa dan budak lelaki tersebut.

Kamaluddin berkata laporan yang dibuat ibu mangsa masih dalam siasatan.

“Kami sudah hampir siapkan siasatan,” katanya semalam.

Kanak-kanak perempuan itu mendakwa budak lelaki itu memasukkan jarinya ke dalam alat sulitnya ketika ketiadaan orang dewasa.

Ibubapa kedua-dua mereka sudah dipanggil ke balai polis untuk membantu siasatan, kerana laporan itu pada awalnya disiasat di bawah Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Kanak-kanak perempuan itu dirawat di Hospital Melaka pada hari yang sama laporan dibuat dan laporan perubatan mendapati ada kesan koyakan baru di alat sulit mangsa. – 27 Julai, 2017.



REST MI KES

MI LORD

KAH KAH KAH




-------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"kes sumbangan" dari geng si "thamby kechik' kot?

Tanpa Nama berkata...

kes ENJO KOSAI kah?
makin lama, makin muda kot?

apa yang muda belajar?