Isnin, 3 Julai 2017

NAJIB ADALAH MALAPETAKA






Minggu lalu, jentera propaganda Barisan Nasional cuba menularkan satu laporan Bloomberg yang menyebut matawang Ringgit menunjukkan prestasi lebih baik berbanding matawang lain bagi suku pertama 2017. Laporan ini kemudiannya dijadikan alasan untuk membidas pihak-pihak yang sering menyuarakan kebimbangan mengenai kejatuhan nilai Ringgit (termasuklah saya), kononnya kritikan kami selama ini tidak benar.

Nilai matawang Ringgit adalah sangat penting kerana peratusan barang import yang digunakan oleh rakyat masih kekal tinggi, terutamanya bahan-bahan makanan. Lebih-lebih lagi harga petrol dan diesel dikira berdasarkan harga rujukan di dalam Dollar AS, maka jika pun harga minyak mentah dunia telah turun, harga petrol dan diesel boleh kekal tinggi akibat nilai Ringgit yang rendah.

Nilai Ringgit ditentukan oleh permintaan dan penawaran di pasaran matawang yang banyak dipengaruhi oleh iklim ekonomi negara. Oleh itu, kedudukan nilai Ringgit yang rendah dan prestasinya di belakang matawang serantau yang lain memberi gambaran kelemahan pentadbiran ekonomi dan kewangan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Alasan yang selalu digunakan oleh jentera propaganda Dato’ Seri Najib ialah kejatuhan mawatang Ringgit adalah di luar kawalan kerajaan kerana ia disebabkan nilai Dollar AS yang mengukuh, bukannya disebabkan oleh kelemahan ekonomi Malaysia. Mereka yang membawa alasan ini akan memberi contoh bahawa semua matawang serantau yang lain telah jatuh jika dibandingkan dengan Dollar AS, bukannya Ringgit semata-mata.

Oleh itu, saya telah mengambil sedikit masa untuk mengumpulkan data kadar tukaran matawang Ringgit dan matawang lain (iaitu Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam dan Korea Selatan) berbanding dengan Dollar AS bermula dari tahun 2007 hingga ke akhir Mei 2017. Tujuannya ialah untuk menentukan perkara-perkara berikut:

1.     Bagaimana prestasi matawang Ringgit berbanding matawang lain sejak Dato’ Seri Najib menjadi Menteri Kewangan (dari tahun 2008 hingga 2017)?
2.     Bagaimana prestasi matawang Ringgit berbanding matawang lain sejak isu dana 1MDB masuk ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib (dari tahun 2015 hingga 2017)?

Data kadar tukaran matawang berbanding Dollar AS boleh diperolehi secara percuma dari laman Bank Dunia (rujuk lamanhttp://knoema.com/WBGEM2017Mar/world-bank-global-economic-monitor-monthly-update)

Saya sertakan jadual berikut yang menunjukkan kadar tukaran purata matawang serantau berbanding Dollar AS:

Tahun
Malaysia
Singapura
Indonesia
Thailand
Filipina
Vietnam
Korea Selatan
2007
3.44
1.51
9,140.65
34.51
46.11
16,083.32
929.23
2008
3.33
1.41
9,693.56
33.35
44.48
16,445.24
1,100.66
2009
3.52
1.45
10,405.66
34.33
47.63
17,799.81
1,277.01
2010
3.22
1.36
9,086.01
31.72
45.09
19,125.11
1,156.36
2011
3.06
1.26
8,774.39
30.49
43.31
20,656.70
1,108.05
2012
3.09
1.25
9,387.38
31.07
42.21
20,873.13
1,126.39
2013
3.15
1.25
10,448.93
30.72
42.46
21,029.04
1,094.62
2014
3.27
1.27
11,866.03
32.48
44.40
21,198.86
1,053.02
2015
3.91
1.37
13,388.03
34.25
45.52
21,920.18
1,131.55
2016
4.14
1.38
13,307.10
35.29
47.50
22,364.71
1,160.48
2017
4.39
1.40
13,328.14
34.72
49.87
22,702.49
1,140.40
Kadar tukaran matawang tempatan (Local Currency Unit, LCU) berbanding Dollar AS

Daripada jadual ini, saya membuat analisa untuk menilai prestasi Ringgit sejak Dato’ Seri Najib menjadi Menteri Kewangan dan berita dana 1MDB masuk ke akaun peribadi beliau menjadi pengetahuan umum.

Analisa ini dirumuskan di dalam jadual berikut:



Malaysia
Singapura
Indonesia
Thailand
Filipina
Vietnam
Korea Selatan
Purata 2008 - 2017
3.51
1.34
10,968.52
32.84
45.25
20,411.53
1,134.85
Purata sejak 1MDB (2015 - 2017)
4.15
1.39
13,341.09
34.75
47.63
22,329.13
1,144.14
% perubahan 2017 berbanding 2007
-27.7%
6.8%
-45.8%
-0.6%
-8.1%
-41.2%
-22.7%
% perubahan 2017 berbanding 2015
-12.3%
-2.1%
0.4%
-1.4%
-9.6%
-3.6%
-0.8%



Analisa di atas menunjukkan perkara-perkara berikut:

1.     Selain dari Indonesia dan Vietnam, matawang Ringgit adalah yang paling teruk berbanding Singapura, Thailand, Filipina dan Korea Selatan jika dibandingkan dengan nilai pada tahun 2007 (iaitu nilai asal sebelum Dato’ Seri Najib menjadi Menteri Kewangan). Sejak tahun 2008, nilai Ringgit telah susut 27.7% sedangkan nilai matawang naik 6.8%.

Walaupun Thailand mengalami pelbagai kacau bilau sejak tahun 2008 (termasuklah tunjuk perasaan baju merah dan kuning), nilai Bath hampir tidak berubah sejak 2008 yang menunjukkan alasan kononnya semua matawang jatuh berbanding Dollar AS adalah tidak tepat.

2.     Lebih teruk lagi, kejatuhan nilai Ringgit sebenarnya jauh lebih cepat berbanding matawang lain sejak berita dana 1MDB masuk ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib dilaporkan oleh Wall Street Journal. Kejatuhan Ringgit berbanding tahun 2015 (iaitu sebelum berita itu dilaporkan) adalah sebanyak 12.3% iaitu tertinggi berbanding matawang lain di rantau ini.

Saya menampilkan analisa ini supaya Dato’ Seri Najib tidak mudah mencuci tangan tidak mahu memikul tanggungjawab dengan kemerosotan nilai Ringgit, yang membawa kesan langsung kepada rakyat akibat kenaikan harga barang dan inflasi.

Bukan sahaja kepimpinan beliau sebagai Menteri Kewangan telah menyebabkan nilai Ringgit menjadi lemah, skandal 1MDB jelas ada kesan besar kepada nilai Ringgit dari analisa yang menunjukkan kadar kejatuhan nilai Ringgit adalah lebih tinggi berbanding matawang lain.


RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN







--------------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hihi.. cai2 Melayu mana reti paham segala benda alah ni?? Buat pi la analisis apa pun, tarak guna punya.

Cai2 ni, hari2 baca Quran pun x paham. Sebut ayat Quran, ngalahkan org2 arab sendiri. Rupanya mcm burung tiong ja lebih. Langsung tarak paham. Cai2 Melayu kampong sama ja tataf cai2 Melayu Felda. Berapa kerat ja mampu buat analisis dan mau paham? Rata2 tunggu dedak dari Mat Monggol ja. Lps tu happy la walaupun kene tipu siang dan malam.

Inilah umat cai2 dunia ketiga. Bodoh dungunys berlapis2. Takdak siapa boleh tolong lagi melainkan sendiri mereput sajalah.

Tanpa Nama berkata...

dari NOTTINGHAM bukan robin hood tapi robbing hood
sijil tarak,
PAS tarak,
ke;as tarak,
canggih tarak,
semua tarak!

yang ada tu artikel 163 aje..............
OM puteh tak dapat tipu,
balek mesia,
tipu, songlap, joli, dan bughah yang lebih!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Bukan malapetaka tapi mahacelaka, keparatekrasi

Tanpa Nama berkata...

nak labuh apa?
rengget....tak laku...
seto ribu dah PUPUS!
lime ratos dah PUPUS!
tinggal 1 retus rengget aje......

labuh BLING,
kena SONGLAP...

apa lagi nak labuh?
'geneva gold' dah TUTUP pintu.....

apa lagi nak labur????????????????????
manyak FRUS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!