Jumaat, 15 Disember 2017

BAHAYA CHINA MERAH







F.BOOK


SELAMATKAN MALAYSIA
Kena bagi tahu pada perwakilan UMNO yg sedang bersidang sekarang tak payah la percaya dgn propaganda murahan nak takut2kan orang Melayu tentang akibat kejatuhan kerajaan ke tangan Cina DAP. Dlm diam kita dah jual negara ni kpd Cina China. So, please stop the bullshit.
Ini adalah perbincangan tertutup 👇

1. Foreign Direct Investment (FDI) yg Najib buat langsung tidak menguntungkan rakyat malahan akan menggugat kedaulatan negara.

2. Jika dulu FDI ini hanya aliran modal, buat kilang, wujudkan peluang pekerjaan kpd rakyat, product dijual semula ke luar, ekonomi Malaysia berkembang pesat.

3. Tetapi sekarang Najib meminjam duit dari kerajaan komunis china, sebagai ganti mereka diberikan tanah (dijual sekeping demi sekeping) tanah Melayu ini oleh najib.

4. Antara contohnya projek tambakan laut di Melaka, Forest City di Johor, bandar baru China di Kuantan dan lain-lain.

5. Tembok 8ft high di bandar china kuantan, menutupi lebih 3,000 ekar tanah perindustrian milik komunis China, di mana pekerja, makanan, kontraktor, supplier juga diimport terus dari negara komunis China.

6. Tiada kebenaran utk pihak polis/pihak berkuasa Malaysia utk masuk ke dalam kawasan berpagar tersebut. Transaction jual beli di dalam kawasan kompleks tersebut juga menggunakan matawang negara komunis China.

7. *Pembangunan ini dilakukan secara tersusun dan terancang, dalam tempoh kurang 10 tahun ini, seramai 3 juta (3,000,000) penduduk negara komunis china akan dibawa masuk ke tempat-tempat ini*.

8. Tempat lain, Signature tower di KL dan bandar Malaysia Sg Besi, disekelilingnya akan dibangunkan lebih 60 kompleks industri dan residen oleh kontraktor negara komunis China, dengan tujuan jualan kepada rakyat china. Harga yang tinggi akan membuatkan rakyat malaysia (khususnya Melayu) tidak mampu memiliki hartanah di situ.

9. Ini akan membuatkan skop penguasaan "orang bandar" semakin membesar, menolak kuasa beli (Melayu khususnya) semakin ke luar bandar, dan pinggir hutan.

10. Dalam masa 10 ke 20 tahun sahaja, secara drastik mereka akan mengubah corak kepimpinan Malaysia nanti.

11. Mereka akan mencampuri semua urusan dalaman negara termasuk politik dan kenegaraan.

12. Dalam masa kurang dari 30 tahun landskap Malaysia akan berubah sama sekali, Malaysia akan jadi satu negara baru "CHINA".

13. Orang Melayu/Islam hilang kuasa sama sekali.

14. Untuk itu, Najib/UMNO/BN mesti dikalahkan pada pilihanraya akan datang.

15. Pakatan Harapan (PH) akan ambil alih KERAJAAN dan pulihkan semula. Semua perjanjian najib dengan kerajaan komunis china akan dirunding semula/dibatalkan.

16. Tun M akan dilantik sebagai Perdana Menteri interim selama tiga tahun dan akan diserahkan kepada pemimpin PH yang layak (termasuk yang dipersetujui secara bersama ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim) selepas itu. Jumlah ahli parlimen Melayu dalam PH adalah lebih ramai dari BN sekarang.

17. Semua ahli gabungan dan pimpinan pakatan telah bersetuju secara bersama untuk kebaikan negara termasuk DAP yang juga menolak apa yg najib lakukan sekarang.

18. Kebanyakan kepimpinan yang ada di sekeliling najib sekarang sebenarnya dalam keadaan diugut (sesetengahnya juga dirasuah dedak) untuk terus setia kpd najib, namun secara senyap sebahagian besar mereka telah menyatakan sokongan padu kpd Tun M dan Pakatan Harapan.

19. Tun M mengambil inisiatif menyampaikan mesej ini secara tertutup supaya kita lebih sensitif dengan hak kita. Siri-siri dialog secara tertutup akan diadakan secara berterusan, PRU dijangka akan diadakan kurang 6 bulan dari sekarang.

20. Sampaikan mesej ini kepada semua rakan-rakan anda, tumbangkan BN melalui sistem demokrasi, sama-sama kita SELAMATKAN MALAYSIA.
FROM A WHATSAPP GROUP





-------------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

10-20 tahun lagi kalau tiada apa yang berubah..MALAXIA..