Jumaat, 29 Mei 2020

CINTA SETIA







CINTA SETIA

Anjing ini pengsan akibat terlebih teruja melihat tuan setelah dua tahun terpisah

Bayangkan bagaimana perasaan anda jika dapat bertemu kembali dengan orang kesayangan yang sudah sekian lama terpisah. Pasti anda akan menangis kegembiraan kerana dapat bertemu semula setelah sekian lama bukan? Nampaknya perasaan ini bukan hanya dilalui oleh manusia tetapi juga haiwan.

Pada 24 Julai 2014, telah tular sebuah video berdurasi 1 minit 43 saat memaparkan gelagat seekor anjing jantan yang mengeluarkan bunyi tangisan sebaik sahaja melihatnya tuan kesayangannya telah kembali pulang ke rumah. Berdasarkan video berkenaan, anjing tersebut kelihatan terus menangis sambil memeluk tuannya, Rebecca Ehalt yang sudah dua tahun terpisah atas urusan kerja di luar negara.

Mengejutkan, selepas menangis keriangan, anjing ini secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri buat beberapa saat sebelum dikejutkan semula oleh tuannya. Rindu betul pada tuannya ya sampai pengsan kerana terlalu gembira! Anjing ini kemudiannya bingkas bangun dan kelihatan agak letih kerana terlalu teruja melihat kepulangan Rebecca.

Video peristiwa yang menyentuh hati tersebut telah dimuat naik ke YouTube dan sehingga kini meraih sebanyak 53 juta tontonan! Menurut Rebecca, tempoh perpisahan selama dua tahun itu begitu memeritkan bagi anjing kerana ia adalah bersamaan dengan 14 tahun dalam tahun anjing! Tidak hairanlah mengapa anjing ini begitu merindui Rebecca.

Selepas kejadian tersebut, Rebecca telah membawa anjingnya ke klinik haiwan bagi menjalani pemeriksaan sekali gus mengetahui punca anjingnya pengsan secara tiba-tiba. Segalanya baik-baik sahaja. Ini adalah kesan normal yang boleh berlaku bukan sahaja kepada manusia tetapi juga haiwan. Semoga kedua-duanya akan terus bersama menyemai kasih dan tidak lagi perlu berjauhan.




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

anjing lebih baik dari manusia,
anjing sayang secara suci,
bukan kerana jawatan atau pangkat,
betapa indah dunia,
kalau ada seekor anjing setia,
betapa nikmat dapat anjing sebagai kawan,
setia dan tiada khianat,
sebaliknya manusia lain,
nak baik ada niat,
cium tangan ada niat,
peluk peluk depan TV ada niat,
pasang lukah pasang niat,
nak jadi PM nak jadi munke,
nak jadi GLC,
atas nama agama,
atas nama bangsa,
atas nama negara,
akhirnya semua ketahui,
semuanya hanya untuk diri,
kah kah kah,
salute untuk anjing setiakawan,
yang syumul suci murni,
kah kah kah