Jumaat, 29 Mei 2020

DON PLAY PLAY DENGAN ATUK







AWAS

DON PLAY PLAY

DENGAN ATUK

TELOR DIA

DARI TITANIUM



Muhyiddin tambah tertekan selepas singkir Dr Mahathir, kata penganalisis


PENYINGKIRAN Dr Mahathir Mohamad dari Bersatu hanya menambah tekanan ke atas Muhyiddin Yassin untuk membuktikan beliau ada sokongan yang sah sebagai perdana menteri, kata penganalisis politik.

Tekanan bertambah kerana Dr Mahathir hampir pasti akan mencabar penyingkirannya, termasuk kemungkinan mengheret Bersatu ke mahkamah, kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre Mohd Azlan Zainal kepada The Malaysian Insight.

Selepas spekulasi berminggu-minggu, Bersatu semalam mengumumkan pengasas dan pengerusi parti Dr Mahathir, bersama empat ahli Parlimen parti, telah “terhenti serta merta” keahlian mereka kerana duduk di blok pembangkang semasa sidang Parlimen pada 18 Mei lalu.

Menurut Bersatu, mereka bukan lagi ahli parti berdasarkan Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan parti yang menetapkan keahlian seseorang anggota parti terhenti serta merta apabila mengisytiharkan diri keluar dari parti, atau menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti di Malaysia.

Dr Mahathir dan empat ahli Parlimen itu bagaimanapun menegaskan mereka masih ahli parti dan tidak menyertai mana-mana parti politik lain.

Empat yang lain itu ialah Timbalan Presiden Mukhriz Mahathir (Jerlun), Ketua sayap Pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Maszlee Malik (Simpang Renggam), dan Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu).

Menurut Azlan, tindakan Bersatu semalam akan menguatkan tekad Dr Mahathir untuk terus mempertikaikan sokongan Muhyiddin di Parlimen melalui undi tidak percaya.

“Apabila beliau ada cukup sokongan, beliau akan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menafikan sokongan Muhyiddin,” katanya.

Sejak mengangkat sumpah perdana menteri pada 1 Mac lalu, sokongan Muhyiddin belum lagi diuji di Dewan Rakyat.

Walaupun sudah mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap ahli Parlimen Pagoh itu, usul Dr Mahathir tidak dibawa ke Dewan Rakyat kerana persidangan pada 18 Mei lalu ditetapkan hanya untuk mendengar titah diraja.

Selepas persidangan itu, penganalisis berkata sokongan ke atas Muhyiddin iaitu 114 ahli Parlimen di Dewan Rakyat sangat tipis – lebih dua daripada majoriti mudah 112.

Peluang Dr Mahathir seterusnya ialah pada sidang Dewan Rakyat yang ditetapkan bermula pada 13 Julai.

Musuh di dalam, musuh di luar

Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya juga memberitahu The Malaysian Insight pandangan yang sama, bahawa tekad Dr Mahathir makin kukuh selepas disingkirkan dari parti yang beliau asaskan.

“Dr Mahathir yang sebenar akan muncul selepas ini,” kata Awang Azman.

Katanya, penyingkiran itu sudah dijangka ketika Muhyiddin berdepan tekanan dari dalam Bersatu sendiri, dan malah dari luar parti.

Dalam Perikatan Nasional, Muhyiddin didesak untuk mengekalkan sokongan dengan pelantikan ahli Parlimen menerajui syarikat berkaitan kerajaan. Dalam Bersatu pula, beliau berdepan dengan Dr Mahathir dan penyokong bekas perdana menteri, katanya.

Muhyiddin juga berdepan dengan Umno yang tidak berminat untuk menzahirkan Perikatan Nasional sebagai gabungan sah. Beliau juga tidak jumpa jalan untuk meredakan ahli Parlimen Umno yang kini berdepan perbicaraan pelbagai kes rasuah dan penyelewengan di mahkamah.

“Saya tidak terkejut kalau langkah seterusnya ialah mempercepatkan pemilihan Bersatu untuk menyelesaikan isu sokongan ini,” kata Awang Azman.

Selepas tindakan “pemecatan” semalam, Muhyiddin dijangka menang tanpa bertanding pemilihan jawatan presiden kerana antara yang tersingkir ialah Mukhriz yang mencabar beliau.

Kedudukan pengerusi pula akan kosong untuk dipangku oleh Muhyiddin kerana sehingga pencalonan pada 16 Mac lalu, Dr Mahathir muncul calon tunggal.

“Muhyiddin berjaya menyekat Mukhriz dan Dr Mahathir daripada menguasai parti,” kata Awang Azman.

Tetapi beliau menambah, ini bukan satu penamat kerana Bersatu sekarang sudah terpecah.

Pensyarah sains politik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali berkata “penyingkiran” dari parti itu akan memberi Dr Mahathir momentum yang lebih untuk mencabar keabsahan Muhyiddin sebagai perdana menteri.

“Tanpa diganggu, Dr Mahathir boleh fokus sepenuhnya pada usaha mencabar Muhyiddin.

“Ini juga membuka jalan kepada beliau untuk bekerja secara rasmi dengan Pakatan Harapan tanpa ada beban Bersatu,” katanya.

Mazlan bagaimanapun tidak yakin Dr Mahathir akan menubuhkan sebuah parti baharu atau menyertai parti lain dalam Pakatan.

“Beliau hanya mahu menjatuhkan Muhyiddin. Beliau tidak perlu apa-apa yang menjejaskan tumpuannya,” tambah beliau. – 29 Mei, 2020.

PASAI APA

CARI GADUH

DENGAN ATUK

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: