KHALWAT 180
AHAD 13/9/2020
KITA MASUK KE HARI 180
BERKHALWAT
MUSIM DAH BERUBAH
BULAN SEMBILAN
DAH JADI MUSIM HUJAN
DI CHINA MERAH
BANJIR BETERUSAN
INI BUKTI
PEMANASAN DUNIA
DAN
PERGI KE KAMPONG BARU
KE PASAR CHOW KIT
DURIAN DAH JADI PISANG
DITEMUI SEPANJANG TAHUN
PAGI INI HOKKIEN BASAH
MALAH RITIK EMBUN
GUA RASA JATUH KE TANGAN
UDARA LEMBAB
KUALA LUMPUR KELAM
LANGIT MENDUNG
AWAN HITAN BERTOMPOK
APAKAH PETANG INI
MAT HUJAN AKAN DATANG
TUNGGU DAN LIHAT
TIGA EKOR BALAM
BERMAIN DI JALAN
MENCARI CACING
DILOPAK AIR
SIMPONI CENGEKRIK
TAK HENTI HENTI
TAPI SUARA IBRAHIM ALI
TAK KEDENGARAN
SAYU SAYU
AMAT JAUH GUA
DENGAR SUARA
KENG KENG
ENTAH DI BUKIT MANA
YAKINLAH
SETIAP KITA INI
SEMUANYA UNIK
KALAU NAK LIHAT
KEJAHATAN DAN PENYAMUN
TERUS BERKUASA
HANYA SATU SYARAT
ORANG BAIK BAIK
ORANG JUJUR JUJUR
TAK BUAT APA APA
APA YANG SEDANG KITA CARI
YANG KITA CARI INI
SEDANG JUGA MENCARI ITA
HIDUP INI BUKAN MENCARI CINTA
TAPI
MENCARI TEMBOK TEMBOK
YANG TELAH KITA DIRIKAN
YANG MENGHALANG DIRI KITA
YANG WAJIB DIRUNTUH
KUATKAN KATA KATA
BUKAN KUATKAN SUARA
HUJAN MENYIRAM BUNGA
BUKAN GURUH PETIR
DALAM JIWA KITA INI
ADA PELITA YANG MENUNGGU
UNTUK DIHIDUPKAN
DALAM JIWA KITA INI
ADA RUANG KOSONG
SEDIA MENGUNGGU UNTUK DIISI
TAK TERASA KE?
BRO
JANGAN BERSEDIH
APA YANG HILANG PAGI INI
AKAN DATANG
DALAM BENTUK YANG LAIN
PADA PETANG INI
HATI KITA INI
SELUAS LAUTAN
CARI DAN TEMUI
SEDALAM MANA LAUT ITU
KESAKITAN YANG KITA RASA
SEBENARNYA
ADALAH PEMBAWA BERITA
MAKA DENGARLAH
JADIKAN DIRI SOSOK
YANG TAK BERKIRA KIRA
TAK MINAT JADI KAYA RAYA
TAK TAKUT KEHILANGAN
MALAH
TAK AMBIL POT
PERSONALITI DIRI
KERANA SOSOK SABAGINI
ADALAH SOSOK
MANUSIA BEBAS MERDEKA
SEMUA KITA
DILAHIRKAN DENGAN KEPAK
KENAPA
NAK MERANGKAK
AMIN
SELAMAT BERKHALWAT
2 ulasan:
Selamat berkhalwat hari yg ke 181...
Hal-hal pasal aktiviti politik, pemikiran tamadun dunia dan manusia adalah bidang kepakaran tuan empunya blog ini...tapi satu perkara yg agak sukar utk persetujuan pendapat ialah bab bah besar melanda merata dunia dengan bab kepanasan dunia...
Kalau diolahkan pandangan yang perubahan cuaca disebabkan oleh perubahan disebabkan matahari yang sedang "tidur", mungkin ada kebarangkalian. Berdasarkan permerhatian, matahari dalam sifat "grand solar minimum", yang menyebabkan ia tidak aktif dalam "sunspots" dan "solar flare"...ini menyebabkan heliosphere menguncup bila dibanding dengan bila matahari dalam keadaan aktif. Salah satu impak dari heliosphere yang kecil sikit ialah aktiviti sinaran kosmik yang lebih bertenaga tinggi dari luar kawasan heliosphere berkemampuan masuk ke kawasan tiga planet yang paling dekat dengan suria. Ini menyebabkan global cooling lebih dari global warmingdan juga menjana lebih awan serta menyebabkan perubahan peralihan angin di lapisan bumi yang berdekatan dengan ruang angkasa...
Boleh tanya lebai google selain perpustakaan wiki dan juga permerhati permerhati yang berani lawan pandangan arus perdana...
Sekian dan selamat berkhalwat...
Kelwat hanggok lu...
Catat Ulasan