Selasa, 15 September 2020

SALUT UNTUK SOSOK BERANI






SALUT

UNTUK SOSOK

BERANI DAN

JUJUR

AMIN

INI TANDA

KESEDARAN 

NASIONALISMA

SABAHAN

AMIN  


Bekas ketua hakim sokong Warisan di Sabah

BEKAS ketua hakim negara Richard Malanjum menyokong Warisan Plus dan meminta rakyat Sabah memilih calon gabungan itu pada pilihan raya 26 September ini, lapor Borneo Post.

Bekas hakim tertinggi negara itu dilihat pada majlis pelancaran jentera kempen calon Upko Ewon Benedick pada Sabtu.

Malanjum berkata Warisan Plus yang diterajui Shafie Apdal bertujuan untuk mengembalikan kekayaan negeri termasuklah hak minyak dan memulangkan tanah adat kepada komuniti Orang Asli yang terpinggir bertahun lamanya.

“Kita mahukan parti tempatan yang ikhlas dalam perjuangan mereka mengembalikan hak Sabah bukan parti yang menamakan diri mereka sendiri bagi mencipta satu lagi ‘pintu belakang’ untuk membolehkan Umno sekali lagi masuk Sabah untuk mengawal kita. Hati-hati dengan itu,” kata Malanjum dipetik akhbar itu.

Bulan lepas, nama Malanjum berada dalam senarai yang didakwa calon pilihan raya Warisan.

Khabar angin bertiup kencang dalam media sosial yang Malanjum mungkin bertanding kerusi negeri atas tiket Warisan.

Malanjum adalah rakyat Malaysia Timur pertama dinamakan sebagai ketua kehakiman Malaysia selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan persekutuan pada 2018. Beliau bersara pada April tahun lepas. – 14 September, 2020.


BILA JUJUR 

DAN BERANI

 BERSATU

TIDAK TERNILAI

KUDRATNYA

AMIN

HATI KITA

UNTUK SABAH

AMIN 




Tiada ulasan: