Selasa, 15 September 2020

ASAL USUL SEMBAHYAG





Asal Usul Beberapa Istilah Keagamaan
 Bahasa Melayu


Pahala
"Pahala" berasal dari perkataan Sanskrit Phala (फल) yang secara harfiah bermaksud "buah" yang merujuk kepada ganjaran dari Tuhan dalam Hinduisme dan Buddhisme. Ia juga dikenali sebagai maha-phala (buah agung) hasil dari pengabdian diri kepada Tuhan, dalam Buddhisme. Selepas kedatangan Islam di Kepulauan Melayu, konsep ini telah disamakan dengan konsep nilai baik bagi amal soleh dan perkara makruf yang diberikan kepada manusia oleh Allah S.W.T.


Puasa
"Puasa" berasal dari perkataan Sanskrit Upavāsa (उपवास) yang secara konsepnya bermaksud "mendekati Tuhan". Dalam Hinduisme, perbuatan menahan diri dari lapar dan dahaga adalah sebahagian dari upavāsa. Kerana itu, Upavāsa telah disamakan dengan amalan Sawm (صوم) dalam Islam oleh Orang Melayu.

Sembahyang
Perkataan "Sembahyang" adalah dari gabungan dua perkataan "Sembah" dan "Hyang". Hyang merujuk kepada sejenis entiti alam ghaib yang terdapat dalam kepercayaan animisme purba di Kepulauan Melayu. Entiti ini wujud samada dalam bentuk Semangat atau Roh nenek moyang yang disembah masyarakat dahulu kala. Ritual penyembahan entiti ini masih dilakukan dalam kepercayaan Sunda Wiwitan, Kejawen dan Hindu Bali. Selepas kedatangan Hinduisme dan Buddhisme, istilah Hyang ini cenderung dikaitkan dengan istilah "Dewa" dan "Dewata". Tempat bersemayam para Hyang dikenali sebagai Kahyangan atau Kayangan, kini lebih sinonim dengan istilah Syurga yang berasal dari Hinduisme. Selepas kedatangan Islam, istilah Sembahyang disinonimkan dengan istilah ṣalāt (صلاة).


TERIMA KASIH
RONALD REAGAN 
KERANA MEMBENARKAN
KEMENTERIAN PERTAHANAN AMERIKA
MEMBEBASKAN INTERNET
UNTUK KEGUNAAN UMUM

SEKARANG  BANI MELAYU
MULA SEDAR  BAHAWA
SELAMA INI BANYAK
DONGENG YANG MEREKA DENGAR
AMIN


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Haaaiiii Sakai, akai ada pakai la. Ko tengok betul betul patong lama dewa dewi yg dikatakan hindu, ada rupa orang melayu ke atau keling. Tak acilah kalu mata rabun dan jgn guna tat tat masuk otak ya. Kesian ko tak kenal rupanya siapa melayu ini sebenarnya, bangsa ko sendiri. Habis tidak pun jgnlah jadi bangsat.