Rabu, 16 Disember 2020

BERKHALWAT HARI KE 274

 




KHALWAT KE 274

RABU 16/12/2020

KITA MASUK KE HARI 274
BERKHALWAT

HA HA  HA
KELMARIN BUJET LULUS
SIPI SIPI
NYARIS MUHYIDIN
KENA TENDANG
TAPI DAH SELAMAT

KINI HANYA MENUNGGU
PRU 15

APA MAKNA KELMARIN?
MAKNANYA ANWAR IBRAHIM
DAH KELENTONG
DIA KLIM 
DIA  ADA SOKONGAN
KALAU DIA ADA SOKONGAN
PASTI MUHYIDIN
JATUH TERSEMBAM KELMARIN
AMIN

HEBOH HEBOH
ADA 120 SD
HEBOH HEBOH
ADA ZAHID ADA NAJIB
DAN DAN DAN
SEMUA PUTAR ALAM

MAKA
KINI TERPULANG PADA DAP
TERPULANG PADA AMANAH
NAK BUAT
PERSENJAJARAN BARU
ATAU TIDAK
KALAU MAHU
PERSERIKATAN BARU 
MAKA
ANWAR BIN IBRAHIM
WAJIB DIUNDURKAN 
AMIN

PAGI INI HOKKIEN BASAH
KABUS NIPIS
KUALA LUMPUR JUGA
DISELUBUNGI KABUS NIPIS

SAEKOR HELANG
MELINTAS
BESAR  MEMANG BESAR
HELANG INI 
SEBESAR AYAM

BRO
HIDUP INI MENDAKI
TAPI LU GAGAH

MILIKI SIKAP INGIN TAHU
TAPI
BUKAN MENGHUKUM

BRO
KALAU BENDA ITU
TIDAK MELAWAN
MAKA IANYA
TAK KAN MENGUBAH LU

WAKTU BERJALAN 
KE SATU ARAH
INGATAN BERJALAN
KE  ARAH YANG LAIN

HIDUP INI BOLEH DIFAHAMI
DARI BELAKANG
TAPI IANYA WAJIB 
MARA KE DEPAN

BRO
MAKNA HIDUP INI
IALAH MEMBERI 
MAKNA HIDUP

BRO 
MARI KITA CUBA 
JADI PELANGI
DALAM AWAN ORANG LAIN

JANGAN SESAL
KEPADA APA SAJE
YANG BUAT KITA TERSENYUM

BILA KITA KETAWA
RUMAH KITA 
AKAN BERCAHAYA

BRO
MASAALH YANG DATANG
BUKAN MINTA KITA BERHENTI
TAPI
MEMBERI KITA PANDUAN

BILA ADA MASALAH
INI PELUANG
UNTUK KITA TUNJUK
KEBOLEHAN

KELMARIN TAK PERLU DICARI
 ESOK MENJANJIKAN
KITA MENANG
ATAU 
KITA KALAH

GERAK PERTAMA
IALAH APABILA KITA
BERKATA KITA BOLEH

BRO 
KALAU HANG TAK BUAT SILAP
MAKNANYA
HANG TAK BUAT APA APA

BUAT SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

1 ulasan:

khairi rani berkata...

BRO
MARI KITA CUBA
JADI PELANGI
DALAM AWAN ORANG LAIN

tapi jaga2 juga
jangan pula memandai2 nak taman bunga di laman orang
kalau lu malas nak siram

kahkahkah