Rabu, 20 Mei 2020

MUHYIDDIN PARAH






APA MAKNA

BERITA INI

MAKNANYA

MUHYIDDIN 

MAKIN PARAH

MAKIN BERAT

MAKIN TERDESAK


Perikatan Nasional hanya untuk sidang Parlimen, kata pemimpin Umno, PAS


PERJANJIAN persefahaman (MoU) menubuhkan Perikatan Nasional (PN) tidak mengikat parti-parti politik dalam kerajaan untuk mendaftar sebagai sebuah gabungan rasmi, kata pemimpin Umno dan PAS.

MoU itu, yang dipersetujui enam pemimpin gabungan dan parti politik kelmarin, hanya untuk memudahkan urusan pentadbiran Parlimen yang bersidang semalam serta membolehkan kerajaan bergerak, kata mereka.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata MoU itu untuk menunjukkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti daripada parti-parti politik yang membentuk kerajaan.

“Ia tidak mengikat. MoU itu sekadar MoU walaupun kenyataan (menyebut) bersetuju tubuh PN.

“Ia tidak akan menjurus kepada pendaftaran parti PN macam Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), hanya nak tunjuk dan memudahkan perkara pentadbiran dalam Parlimen.

“Tidak ada apa-apa usaha menjadikan PN sebagai parti,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau yang juga bekas ahli Parlimen Pulai selama tiga penggal (2004-2018) menjelaskan apabila Parlimen bersidang, perlu ada garis jelas antara blok kerajaan dan pembangkang, dan MoU itu menggambarkan sokongan kepada kerajaan.

“Untuk memudahkan secara pentadbirannya, ahli Parlimen daripada beberapa parti buat MoU untuk gambarkan sokongan kepada PN.

“Itu memorandum untuk memudahkan ahli Parlimen tunjuk sokongan kepada Muhyiddin kerana beliau kena tunjuk beliau ada sokongan (sekurang-kurangnya 112 ahli Parlimen) dan (semalam) beliau tunjuk beliau ada sokongan itu,” kata Nur Jazlan.

Aturan tempat ahli Parlimen di Dewan Rakyat semalam membayangkan pentadbiran Muhyiddin mempunyai 113 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi di Dewan Rakyat, menjadikannya kerajaan majoriti paling kecil dalam sejarah Malaysia.

Untuk kerajaan bergerak

Nur Jazlan memberitahu beliau tidak nampak bagaimana PN boleh ditubuhkan seperti BN kerana katanya, Majlis Tertinggi Umno sebelum ini tidak bersetuju dengan penubuhan PN.

“Umno sudah tolak penubuhan PN secara rasmi. MoU ini sebab Parlimen nak bersidang saja, bukan untuk tubuh parti politik… bukan perjanjian politik dan sebagainya,” tambahnya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Khairuddin Aman Razali berkata fokus utama MoU itu ialah untuk memastikan setiap parti ada ikatan kuat bagi membolehkan kerajaan bergerak.

“(Pilihan raya) kita bincang kemudian. Fokus pemerkasaan kerajaan sekarang, yang penting ikatan kita kuat dalam menguruskan kerajaan.

“Kita tak mahu berlaku macam PH yang longgar dari sudut hubungan dan berlaku pertembungan,” katanya, yang juga menteri dalam Kabinet Muhyiddin.

Kelmarin, ketua-ketua Bersatu, BN, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS), dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengumumkan dalam satu kenyataan bersama persetujuan membentuk PN.

Kenyataan itu muncul ketika Umno yang menerajui BN bertelingkah secara terbuka dengan Bersatu dan beberapa pemimpinnya menegaskan kerjasama dalam PN hanya setakat sebelum pilihan raya akan datang.

Kenyataan bersama penubuhan PN semalam dikeluarkan oleh Muhyiddin yang juga presiden Bersatu dan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, yang juga presiden Umno.

Kenyataan itu juga disertai empat pemimpin lain yang mewakili parti masing-masing iaitu Abdul Hadi Awang (PAS) Abang Johari Openg (GPS), Dr Maximus Ongkili (PBS), dan Dr Jeffrey Kitingan (STAR).


BELI DENGAN

JAWATAN PUN

GAGAL

GEROMBOLAN

MAHU BOLOT

SEMUA KUASA

UNTUK SELAMT

MUHYIDDIN WAJIB

CARI SAUDARA 

KAWAN LAMA

KALAU TIDAK

AKAN LINGKUP

AMIN

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mahiadin pun kena pau kiri kanan dgn Umno dan MCA utk faraidkan jawatan top boss GLC.
Siapa lagi yang x akan kena pau

hamim berkata...

Apa macam Hisham? Setempek taik lembu hinggap kat muka kau, jilatlah, tunggu apa lagi, tanya jemin puas hati? Tanya yidin puas hati? Nampak sangat langkah sheraton langkah bodoh,mn hanya nak memperkudakan yidin dengan jemin je, sekarang sedaplah kena tunggang ya...itu baru balasan didunia sebab mengkhianati amanah yang diberi oleh rakyat, balasan diakhirat hanya Allah yang tahu, dosa dengan Allah bolehlah bertaubat, dosa dengan maknusia tanggonglah sendiri....

Tanpa Nama berkata...

Abah Muhyiddin akan kembali ke parti lamanya lalu menjadi Abah Umno yg baru.

lagi senang nak bertanding PRU15

dah dapat Umno bertuah, Bersatu tidak berguna lagi.