TIM BANDUAN
GILA KUASA
KAH KAH KAH
Desak pilihan raya sekarang kemaruk kuasa, kata Annuar Musa
TINDAKAN mendesak pilihan raya diadakan sekarang menunjukkan sikap kemaruk kuasa dan tidak sensitif dengan penderitaan rakyat yang terbeban dengan pelbagai masalah ekonomi akibat pandemik Covid-19 dan banjir, kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.
Annuar adalah menteri dari Umno yang kedua selepas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang menyifatkan desakan itu tindak bertanggungjawab, ketika sebahagian dalam Umno mahu pilihan raya diadakan sebelum April tahun ini.
“Mendesak pilihan raya di saat rakyat dan negara berhempas pulas dengan Covid-19, banjir, ekonomi jelas mencerminkan bukan saja tidak bertanggungjawab tapi memperagakan kemaruk kuasa dan tidak sensitif kepada derita rakyat.
“Itu bukan kehendak akar umbi,” tulis Annuar di Twitter malam tadi.
1 ulasan:
Woi Mad Mazlan kamu otak 'pisang goreng'.Kamu nak keluar dari kluster makamah tu yg tak putus2 buat pilihanraya..
Catat Ulasan