Jumaat, 8 Januari 2021

TAKTIK BARU NAJIB

 


TAKTIK BARU 

AMIN

DULU

LEWATKAN BICARA

AMIN

NAK TENGOK

BAJIR DI PEKAN

AMIN

SAKIT LUTUT 

SAKIT KAKI

AMIN

ISTERI BERSALIN 

MENANTU NAK 

LENGAGNG PERUT

AMIN

ANAK DAPAT CUCU 

CUCU DAPAT CUCU NAK BUAT DOA SELAMAT TANGUH TANGUH 

TANGUH

AMIN

SEKARANG NAK

BUANG PENDAKWA

KAH KAH KAH




Mahkamah dengar

 permohonan Najib

 singkir Sri Ram

 27 Januari

PERMOHONAN bekas perdana menteri Najib Razak untuk menggugurkan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kesnya yang didakwa meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), akan didengar di Mahkamah Tinggi pada 27 Januari.

Peguamnya Nur Syahirah Hanapiah memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas kes berkenaan disebut di hadapan timbalan pendaftar Catherine Nicholas hari ini. Pihak pendakwaan pula diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Mohamad Mustaffa P Kunyalam.

“Oleh kerana peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengambil cuti sakit, perbicaraan yang pada awalnya ditetapkan untuk hari ini terpaksa ditangguhkan, jadi permohonan untuk membatalkan kelayakan Sri Ram telah ditetapkan untuk perbicaraan pada 27 Januari di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan pada pukul 9.30 pagi,” katanya.

Pada 12 Jun tahun lepas, Najib, 68, mengemukakan permohonan untuk menggugurkan Sri Ram, dengan disokong oleh dua afidavit yang difailkan oleh Najib dan bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali.

Dalam permohonannya, Najib memohon diisytiharkan bahawa wujud konflik kepentingan antara pelantikan Sri Ram sebagai TPR di bawah Seksyen 376(3) Kanun Prosedur Jenayah dan juga menjadi peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya.

Beliau juga memohon diisytiharkan Sri Ram telah bertindak dan/atau terus bertindak dalam konflik kepentingan berdasarkan pelantikannya sebagai TPR kanan, telah mempamerkan sikap berat sebelah dan mala fide, inter alia, dengan membuat andaian dan menentukan lebih awal bahawa pemohon bersalah malah sebelum beliau secara rasmi didakwa di mana-mana mahkamah atau sebarang perintah atau relief yang mahkamah mungkin dapati sesuai dan betul dalam keadaan itu.

Sementara itu, Apandi dalam afidavitnya berkata pada lewat petang pada Januari 2018, Sri Ram telah datang ke rumahnya di Jalan Dutamas di Kuala Lumpur, selepas beliau (Sri Ram) membuat beberapa panggilan telefon untuk menyatakan mahu bercakap secara peribadi dengannya.

“Beliau (Sri Ram) berkata, ‘Tun M (bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad) hantar saya untuk berjumpa anda,’ dan beliau meneruskan, ‘Beliau (Tun M) mahu anda tangkap Najib di pejabatnya, anda pergi esok pada pukul 2.00 petang, kami akan aturkan polis di Putrajaya untuk lakukan apa yang perlu atas arahan anda. Kami juga akan aturkan untuk seorang majistret mengeluarkan perintah reman semasa beliau dibawa ke hadapannya,” kata bekas peguam negara.

Apandi mendakwa Sri Ram memberitahunya yang beliau akan menjadi wira di mata rakyat dan akan menjadi peguam negara yang pertama menahan perdana menteri yang sedang berkhidmat dan bahawa mereka telah menyediakan rancangan dan apa yang beliau (Sri Ram) perlukan adalah untuk beliau bersetuju.

Dalam afidavit jawapan difailkan pada 6 Julai, Sri Ram menafikan dakwaan Apandi bahawa beliau (Sri Ram) dihantar oleh Dr Mahathir untuk berjumpa Apandi berhubung perbualan untuk menahan Najib.

Sri Ram berkata beliau menghadiri perjumpaan dengan Apandi dan isterinya di kediaman mereka atas kapasiti profesional dan pada perjumpaan itu, beliau telah memberikan nasihat tertentu berkaitan keistimewaan profesional undang-undang.

Najib, 67, didakwa atas pertuduhan menggunakan jawatannya bagi mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya, manakala bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy didakwa bersubahat dengan Najib, meminda laporan itu untuk melindungi Najib daripada dikenakan tindakan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kali akhir perbicaraan kes ini diadakan pada 13 Oktober lepas, dan ia akan bersambung pada 18 Januari ini di hadapan Hakim Mohamed Zaini. – Bernama, 8 Januari, 2021. 


TERBAIK

BUKA SAJE

TOLAK PENDAKWA

KAH KAH KAH

TOLAK HAKIM

KAH KAH KAH

RUNTUHKAN

 MAHKAMAH

KAH KAH KAH

RUNTUHKAN

PENJARA

LAGI BEST

KAH KAH KAH

SEMUA PEKARA

SELESAI

KHALAS




Tiada ulasan: