Khamis, 5 Ogos 2021

ANWAR GILA KEMBALI - SELAMAT MUHYIDIN

 

ANWAR AKAN

GILA KEMBALI

KAH KAH KAH

MAKA MUHYIDIN

AKAN SELAMAT

KHALAS




Muhyiddin pertaruhkan defisit kepercayaan antara parti pembangkang

PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin dilihat hilang majoriti setelah sekurang-kurangnya lapan ahli Parlimen Umno menarik sokongan mereka, tetapi beliau akan bertahan sehingga pengundian bulan depan dengan mempertaruhkan pertelingkahan antara musuhnya, kata penganalisis.

Penganalisis Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar berkata janji Muhyiddin untuk menguji sokongan majoriti pada usul undi percaya di Parlimen tidak semestinya beliau akan melepaskan jawatannya.

“Setelah Umno tarik sokongan pada Selasa, tidak sukar untuk mendapatkan 115-120 undi menentang Muhyiddin di Parlimen. Tetapi apa yang akan berlaku selepas Muhyiddin kehilangan undi?

“Adakah kumpulan Umno (menentang Muhyiddin) dan pembangkang mampu menamakan calon perdana menteri?” kata Tunku Mohar.

“Jika mereka tidak dapat menamakan seseorang dengan majoriti yang jelas, Muhyiddin masih tetap menjadi perdana menteri walaupun dengan kerajaan minoriti.”

Tunku Mohar berkata walaupun dua nama pemimpin itu sepatutnya Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim, ia bukan mudah untuk dua pesaing itu.

“Adakah penyokong Dr Mahathir mahu Anwar menjadi perdana menteri. Atau adakah Anwar dan penyokongnya membiarkan Dr Mahathir menjadi perdana menteri untuk kali ketiga?”

Tunku Mohar berkata demikian mengulas mengenai keputusan Muhyiddin yang enggan meletakkan jawatan walaupun menyedari lapan ahli Parlimen Umno memaklumkan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun yang mereka tidak lagi menyokongnya sebagai perdana menteri.

Diiringi oleh 10 ahli Parlimen, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa mengumumkan bahawa beliau telah memaklumkan Yang di-Pertuan Agong bahawa ahli Parlimen menarik sokongan dari Muhyiddin “cukup” untuk menyebabkan pentadbirannya runtuh.

Namun daripada meletakkan jawatan, Muhyiddin menjanjikan usul percaya pada sidang Parlimen 6 September ini.

“Dan dengan itu, ia kembali dengan Zahid, Dr Mahathir dan Anwar,” kata pengarah eksekutif Ilham Center Hisomuddin Bakar.

Melihatkan kepada sejarah mereka, Hisomuddin berkata kumpulan Umno boleh menyokong Anwar, seperti yang didakwa pada Ogos lalu, tetapi beliau ragu bahawa puak Dr Mahathir akan melakukannya.

Dan melihat kepada sejarah Anwar dengan Dr Mahathir, Hisomuddin berkata beliau juga tidak nampak Pakatan Harapan akan menyokong Dr Mahathir.

“Saya juga tidak nampak Dr Mahathir atau PH menyokong Zahid aatau Najib,” katanya. – 5 Ogos, 2021.

 GILA JANGAN

TAK GILA

KAH KAH KAH

GILA UNTUK

SELAMATKAN

MUHYIDIN

KAH KAH  KAH



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ingat cara baca tukar tiub

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan minoriti masih boleh berfungsi. Maknanya, tiada parti ada majoriti 50%. Maka parti yang hampir sekali bentuk kerajaan.