Rabu, 4 Ogos 2021

HIGH NOON BULAN SEPTEMBER



INI BARU BETUL

AMIN

JANGAN 

ELAK ELAK

AMIN

JANGAN 

CERET BERET

AMIN

JANGAN 

KOBOD KOBID

AMIN

BUKTIKAN

ADA SOKONGAN

KHALAS 


Undi percaya PM di Dewan Rakyat September ini, kata Muhyiddin


MUHYIDDIN Yassin berkata beliau masih ada sokongan yang cukup untuk terus menerajui kerajaan namun akan merujuk keabsahannya di Parlimen apabila Dewan Rakyat bersidang September ini.

Katanya, pada persidangan itu nanti, satu usul percaya akan dibawa terhadapnya untuk ditentukan oleh anggota Dewan Rakyat.

“Saya telah menyembah maklum kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa saya akan menentukan keabsahan saya sebagai perdana menteri di Parlimen.

“Suatu usul undi percaya kepada saya akan dibentangkan di Dewan Rakyat ketika Dewan Rakyat bersidang pada September.

“Melalui cara ini, kedudukan saya sebagai perdana menteri dan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan,” katanya dalam perutusan khas secara langsung di televisyen tengah hari tadi.

Kedudukan kerajaan PN dan keabsahan Muhyiddin sebagai perdana menteri jadi persoalan selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam mengumumkan pihaknya sudah mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong surat akuan “yang mencukupi angka” untuk menarik sokongan mereka.

Menurut Muhyiddin, beliau menerima warkah daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam memaklumkan lapan ahli Parlimen Umno sudah menarik sokongan mereka kepadanya.

Mereka memberitahu penarikan sokongan itu melalui surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, katanya.

Sehubungan itu, kata Muhyiddin beliau hari ini dititah mengadap Al-Sultan Abdullah pada 11 pagi tadi.

Pada majlis mengadap itu, Muhyiddin menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat berdasarkan sejumlah surat akuan yang mereka beri kepadanya.

“Sehubungan itu, peletakan jawatan saya di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit,” kata perdana menteri.

Muhyiddin menyampaikan perutusan khas itu dengan diiringi oleh beberapa anggota kabinetnya diketuai Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Antara yang bersamanya termasuk menteri kanan Mohamed Azmin Ali, Fadillah Yusof dan Mohd Radzi Md Jidin.

Menteri lain ialah Wee Ka Siong, M Saravanan, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dr Maximus Johnity Ongkili.

Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali juga hadir.

The Malaysian Insight difahamkan perutusan khas itu dibuat sebelum Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat mingguan jemaah menteri. – 4 Ogos, 2021.


SELESAIKAN

TUNTASKAN

BUKTIKAN

KHALAS





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

abam telah banyak kali mengistiharkan kerajaan malikul telah tumbang..masalahnya aku belum penah nampak pokok tumbang tetapi tegak, entah apa namanya tumbang aku pun tak tau,tumbang yang masih tegak ni hanya tochlit abam kut

DatoPidi berkata...

Kalau aku jadi Al Malikul Sembab, kompom tak sempat siang, aku dah pi hantaq kluster mahkamah kat sungai buloh.
Kompom, tak perlu tunggu September.
Sembab nie Memey sembab la. Slow sangat. Makan lendir China doll banyak sangat ke apa?