Rabu, 4 Ogos 2021

TERUS TEGUH SOKOMG MUHYIDIN

 

MENTERI UMNO

BERSUMPAH

AKAN TEGUH

DI BELAKANG

MUHYIDIN

KAH KAH KAH

INI BAHAYA 

H20 DI BELAKANG

MUHYIDDIN

KAH KAH KAH


Apa nasib menteri Umno dalam kabinet Muhyiddin?

KERAJAAN Perikatan Nasional menerima tamparan hebat hari ini apabila Menteri Tenaga dan Sumber Asli Shamsul Anuar Nasarah letak jawatan menteri kabinet dengan alasan “patuh dan setia” kepada Umno.

Tidak lama selepas pengumuman ahli Parlimen Umno Lenggong itu, presiden partinya Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno sudah mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong surat penarikan balik sokongan ahli Parlimennya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Zahid berkata kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri sudah hilang majoriti dan keabsahan serta perlu meletak jawatan secara terhormat.

Umno merupakan parti terbesar dalam Perikatan Nasional (PN) dengan 38 ahli Parlimen, namun Zahid hari ini tidak menyatakan berapa ramai yang menandatangani akuan bersumpah menarik sokongan mereka terhadap Muhyiddin.


Malam ini, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan memberitahu wartawan parti menjangkakan lebih ramai menteri Umno akan letak jawatan.

Katanya cuma beberapa jam atau hari sahaja rakan-rakan ahli Parlimennya akan keluar dari kabinet.

Namun, ahli Parlimen Pontian itu tidak menyebut menteri kabinet mana yang akan melepaskan jawatan.

Selain Shamsul, Umno ada lapan menteri dalam kabinet PN.

Mereka ialah Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (kluster keselamatan) Hishammuddin Hussein, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, Menteri Pendidikan Tinggi Noraini Ahmad, Menteri Belia dan Sukan Reezal Merican Naina Merican dan Menteri Perpaduan Nasional Halimah Mohamed Sadique.

Ismail Sabri, Hishammuddin dan Annuar Musa antara yang secara terbuka dan berulang kali menyuarakan sokongan mereka terhadap Muhyiddin.

Malah, sejak 48 jam lepas, Ismail Sabri berkata lebih kurang 40 ahli Parlimen Barisan Nasional akan terus menyokong kerajaan yang dipimpin oleh Muhyiddin ketika desas-desus tersebar mengenai kejatuhan kerajaan PN.

Dalam pada itu, selain sembilan menteri, Umno mempunyai tujuh timbalan menteri dalam kabinet Muhyiddin.

Mereka ialah Mastura Mohd Yazid (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Mohd Shahar Abdullah (Timbalan Menteri Kewangan II), Ismail Mohamed Said (Timbalan Menteri Dalam Negeri I), Ahmad Masrizal Muhmammad (Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air), Ahmad Hamzah (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I), Ismail Abdul Muttalib (Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Abdul Rahman Mohamad (Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar), dan Zahidi Zainul Abidin (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia). – 3 Ogos, 2021.


WOIT

TAK SOKONG

MUHYIDIN 

TAK DAPAT

MENTERI

KAH KAH KAH

TAK SOKONG ZAHID

TAK DAPAT 

JADI CALON

KAH KAH  KAH



Tiada ulasan: