Ahad, 27 Mac 2022

KAPITALIS GUNA KERAJAAN PAKSA RAKYAT

 




Rakyat bimbang kemungkinan data MySejahtera bocor

PENGGUNA media sosial melahirkan kebimbangan berhubung rancangan kerajaan untuk menjual aplikasi MySejahtera kepada syarikat swasta.

Rata-rata pengguna Twitter menyatakan rasa tidak puas hati terhadap perkara itu sambil mendakwa ia akan menjejaskan data MySejahtera yang dikumpulkan orang ramai melalui daftar masuk dan pendaftaran.

“Mereka mahu menjual MySejahtera kepada syarikat swasta? Ia mempunyai hampir semua data sensitif dan peribadi warga Malaysia,” kata @gorweijigeouss.

Seorang pengguna turut menonjolkan beberapa cara MySejahtera mengumpul data pengguna.

“Bukan hanya nama, nombor telefon, itu perkara biasa. Selama tiga tahun ini, semua data yang anda pergi ke mana-mana, apa anda buat, ‘berbelanja dan tingkah laku aktiviti’ semua MySejahtera ada. Ingat, data ini semua sangat berharga. Data ialah ‘minyak’ baharu,” tulis @frederikwolter.

“Privasi dan keselamatan data tidak ada apa-apa makna di Malaysia nampaknya. MySejahtera hanyalah alat untuk penipuan yang lebih besar,” tulis @farhannnM.

“MySejahtera telah dijual kepada entiti swasta, apa yang boleh kita lakukan? Boleh saya laporkan kepada polis? Data kita ada dalam tu. Rasanya kita semua dah kehabisan rahsia, orang akan tahu nanti,” tulis @localrkyt.

“Kami mungkin dihubungi sindiket penipuan selain daripada LHDN dan Kastam sekarang: “Hello. Kami mempunyai rekod yang menyatakan anda tidak menyelesaikan denda pelanggaran SOP.” kemudian teruskan dengan mengatakan mereka menyemak rekod MySejahtera kami, bla³, status HOS bla³ ...” tulis @uwaisaiman2902.

Ketua Pembangkang dan Presiden PKR Anwar Ibrahim, dalam satu kenyataan, berkata pada 24 Mac pendengaran Suruhanjaya Kira-kira Wang Negara (PAC) menimbulkan persoalan mengenai penjualan aplikasi penjejakan MySejahtera kepada sebuah syarikat swasta.

Beliau berkata keputusan kerajaan untuk melepaskan kawalan aplikasi MySejahtera dibuat Kabinet semasa mesyuarat pada 26 November tahun lalu.

“Kelulusan diberikan Kabinet kepada Kementerian Kesihatan untuk melantik MySJ Sdn Bhd secara rundingan terus bagi mengambil alih aplikasi MySejahtera,” katanya.

“Bagaimanapun, pada Disember 2021, PAC mengesyorkan agar kerajaan mengambil alih operasi MySejahtera tanpa menanggung sebarang kos tambahan memandangkan ia menjadi sebahagian daripada sistem kesihatan negara,” tambahnya.

Anwar berkata, pegawai Kementerian Kesihatan yang memberi keterangan di hadapan PAC mendakwa MySJ tidak ada kaitan dengan KPISoft, syarikat yang membina MySejahtera sebagai inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). – 27 Mac, 2022.



SATU LAGI

CONTOH 

KAPITALIS

GUNA KERAJAAN

PAKSA RAKYAT

AMIN

KITA DIPAKSA BELI

INSURAN KERETA

KAPITALIS GUNA

PDRM UNTUK

PAKSA RAKYAT

BELI INSURAN

AMIN

SEKARANG

MY SEJAHTER

YG DIPAKSA

KE ATAS RAKYAT

ATAS SEBAB KOBID

AMIN

DATA TERKUMPUL

AKAN DIJUAL

PADA KAPITALIS

AMIN

KAPITALIS YANG

BAIK ADALAH

KAPITALIS YNG

SUDAH MATI

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa lagi di boikotlah.. dia sutu kita update .. kita uninstall mysejahtera bermula sekarang.. maca gua kerja sendiri... mari berkempen unistall my sejahtera.. tak perlu turun jalan raya..