Ahad, 27 Mac 2022

INDUSTRI GANJA & KETUM

 


Sindiket seludup ganja 1.33 tan bernilai RM3.3 juta tumpas

SHAH ALAM – Ganja seberat 1.33 tan bernilai RM3.33 juta dirampas menerusi empat serbuan menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

Pengarahnya,  Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sindiket berkenaan ditumpaskan melalui  serbuan yang lakukan di Subang Jaya, Rawang dan Semenyih pada Khamis lalu.  

Sindiket yang mulai aktif pada tahun ini mendapat bekalan ganja daripada Thailand untuk diedarkan di sekitar Selangor dan Johor.

“Sindiket ini dipercayai mula aktif sejak pertemgahan Januari 2022.Jumlah dadah yang dirampas boleh digunakan untuk 2.5 juta penangih dadah,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Menurut Ayob Khan, ketika serbuan seramai empat suspek berumur 23 hingga 46 tahun dipercayai terlibat dengan sindiket berkenaan telah ditahan.

“Saringan awal mendapati seorang suspek positif dadah dan mempunyai rekod lampau,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau tidak menolak sindiket itu membawa masuk bekalan dadah melalui jalan tikus daripada sempadan Thailand.

Katanya lagi, beberapa kereta pelbagai jenama turut disita ketika serbuan membawa kepada jumlah rampasan dan sitaan sebanyak RM3.7 juta.

Ayob berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambah beliau, tindakan turut diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya  berkaitan Pelucutan Harta 1988 dan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 25 Mac lalu.-


BUKA MATA

BUKA KEPALA

NAMPAK TAK?

AMIN

GANJA DISELUDUP

DARI SIAM

KERANA GANJA

HALAL DI TANAM

DI SIAM

AMIN

KETUM DISELUDUP

DARI MALAYSIA

KERANA KETUM

HALAL DIGUNA

DI SIAM

AMIN

NAMPAK TAK ?

ADA PASARAN

ADA PEMINTAAN

ADA PENGELUARAN

AMIN

MASANYA DAH

SAMPAI KITA FIKIR

CARA BARU UNTUK

MENANGANI

GANJA DAN KETUM

AMIN

PASAL APA

KERAJAAN NAK

CAMPUR HAK KITA

KALAU KITA NAK

ISAP GANJA DAN

MINUM AIR KETUM?

AMIN

MASALAH SELUDUP

SAMSENG TIPU

CURI BUNUH

MUNCUL KERANA 

HUKUM HAKAM

DI MALAYSIA

AMIN

KALAU KITA

URUSKAN 

GANJA & KETUM

MACAM URUS

BUAH MANGGIS

DAN  PETAI

MASALAH 

TAK TIMBUL 

PRDM BOLEH 

BUAT KERJA LAIN

AMIN

GANJA KETUM

DILIHAT SEBAGAI

TANAMAN ASLI

AMIN

SAPA NAK ISAP

GANJA TANAM

BELAKANG RUMAH

ATAU DLM RUMAH

AMIN

PENYULUDUP

HABIS BISNES

MACAM APA 

SEDANG JADI

DISIAM SEKARANG

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Banyak undang undang Baginda Queen tidak diperbaharuhi oleh bijak pandai negara, semua sibuk berpolitik kiri kanan atas bawah, sampai tak ada bijak pandai adjust undang undang Baginda Queen, asyik nak perkayakan Bahasa Melayu sampai tak ada sosok nak translate buku buku ilmiah seadanya, bukan semua walau ada segelintir, ramai peng anal anal sibuk politik, bab lain hampeh, kajian Ilmu Alam kureng, kajian Ilmu manusia kureng, kajian ekonomi kureng kah kah kah yang untung hanya kajian Politik, Bodek sini bodek sama dapat untung, lain lain kajian untuk buat projek untung semata mata, malah projek musibah banjir pun ada jugak nak untung, Pokok asal untung, kalau tarak untung tarak jadi tak kira lah apa projek pun atas nama apa pun, kah kah kah Malaysia Boleh

Yeop sepet berkata...

Kartel dadah wujud Sebab Tak legal.brg kene seludup,kene guna sindiket.kalu Takde kene seludup xde le sindiket.ganja ketum bukan dadah,tp kene seludup skali dgn dadah2 yg lain.bila angkut brg besor bule seludup brg kecik.heroin meth cocaine demand kecik ganja demand besor tp dadah2 nie seludup skali dgn ganja.bila dadah nie masuk demand xde depa create demand,turunkan harga.batu skg nie bersepah2 murah2 je bule beli.5hengget je bule beli ubat,tokan dadah paling besor dlm Msia nie polis.