Ahad, 27 Mac 2022

TUTUP MY SEJAHTERA

 



KJ nafi aplikasi MySejahtera akan dijual kepada syarikat swasta

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) tidak akan menjual aplikasi MySejahtera kepada mana-mana syarikat swasta, kata Khairy Jamaluddin hari ini.

Menteri Kesihatan itu berkata, pada 26 November tahun lalu kerajaan memutuskan aplikasi MySejahtera kekal menjadi hak milik kerajaan.

Katanya, KKM dilantik sebagai pemilik utama aplikasi tersebut bagi pengurusan kesihatan awam di negara ini.

“Kerajaan (juga) tidak pernah membuat sebarang pembayaran kepada KPISoft (M) Sdn Bhd (KPISoft), yang telah membangunkan aplikasi MySejahtera sepanjang tempoh penggunaan aplikasi ini dari 27 Mac 2020 hingga 31 Mac 2021.

“Perkara ini berdasarkan tawaran syarikat itu mengenai penggunaan aplikasi MySejahtera kepada kerajaan untuk tempoh setahun tanpa sebarang bayaran berdasarkan prinsip Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR),” katanya dalam satu kenyataan.

Khairy berkata selepas tamat tempoh CSR pada 31 Mac 2021, kerajaan bersetuju supaya perkhidmatan MySejahtera diteruskan.

“Aplikasi MySejahtera digunakan kerana keteguhan dan keupayaan dinamik teknologinya.

“Sehubungan itu, kerajaan terus bekerjasama dengan syarikat itu dalam melaksanakan penambahbaikan fungsi MySejahtera kepada apa yang digunakan hari ini.”

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebelum ini menimbulkan persoalan mengenai pemilikan aplikasi yang diperkenalkan untuk menguruskan Covid-19 di Malaysia.

Beliau berkata, sesi pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menimbulkan tanda tanya mengenai penjualan aplikasi itu kepada sebuah syarikat swasta.

Katanya, Kabinet memutuskan untuk melepaskan kawalan terhadap aplikasi itu ketika mesyuarat pada 26 November tahun lalu.

“Kelulusan diberikan Kabinet kepada Kementerian Kesihatan untuk melantik MySJ Sdn Bhd secara rundingan terus bagi mengambil alih aplikasi MySejahtera,” katanya.

“Bagaimanapun, pada Disember 2021, PAC mengesyorkan agar kerajaan mengambil alih operasi MySejahtera tanpa menanggung sebarang kos tambahan memandangkan ia menjadi sebahagian daripada sistem kesihatan negara,” tambahnya.

Anwar berkata, pegawai Kementerian Kesihatan yang memberi keterangan di hadapan PAC mendakwa MySJ tidak ada kaitan dengan KPISoft, syarikat yang membina MySejahtera sebagai inisiatif CSR. – 27 Mac, 2022.

NAFI ?

NAFI ?

KAH KAH KAH

JAWABNYA

SENANGG SAJA

TUTUP DAN

BUANGKAN APPS

ITU DARI TALIPON

KHALAS

INI KAUM 

KAPITALIS

YANG AMBIL

DATA KITA

AMIN

KEMUDIAN JUAL

DATA PADA

KAPITALIS LAIN

AMIN

MAKLUMAT KITA

JADI BAHAN

DAGANGAN

KHALAS

AMIN

Tiada ulasan: