Bung Moktar, isteri beri keterangan bermula 15 Jun
AHLI Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin dan isterinya Zizie Izette Abdul Samad akan membela diri bagi menjawab tiga pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada 15 Jun.
Hakim Rozina Ayob menetapkan tarikh itu pada sebutan kes hari ini yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Noor Syafina Mohd Radzuan, peguam M. Athimulan mewakili Bung Moktar dan peguam Teh See Khoon mewakili Zizie Izette.
“Mahkamah perlu menetapkan tarikh perbicaraan memandangkan kes ini telah lama. Oleh itu, mahkamah menetapkan perbicaraan bermula Jun pada 15, 16, 26 dan 27 manakala Julai pada 10 hingga 14, 20, 21, 24 dan 25,” kata Rozina yang turut menetapkan 27 Mac untuk sebutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan