Ahad, 11 Jun 2023

PROJEK SAKIT - TERBENGKALAI


481 projek sakit, 112 terbengkalai di seluruh negara, kata timbalan menteri

KEMENTERIAN Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengenal pasti 481 projek sakit dan 112 projek terbengkalai di seluruh negara setakat ini, kata timbalan menterinya Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau berkata selain pasukan petugas, pihaknya juga turut berbincang dengan agensi terbabit dan berunding terus dengan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mendapatkan sokongan untuk memudahkan proses melancarkan kembali projek sakit itu.

“Projek sakit dan terbengkalai ini melebihi tempoh disiapkan dan masa yang diambil menyelesaikannya bukan seminggu atau sebulan dua kerana ia perlu perbincangan dan kaedah penyelesaian yang lebih lama,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Taman Baiduri dekat Jalan Banggol Judah, Labok, di Machang, Kelantan hari ini.

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata bagi Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) terdapat 21 projek sakit, namun lapan daripada projek itu berjaya diselesaikan kementeriannya dalam tempoh lima bulan.

“Kami mahu selesaikan sekurang-kurangnya 10 projek sakit PR1MA tahun ini dan yakin boleh mencapai sasaran ini,” katanya. – Bernama, 11 Jun, 2023.


INI AMAT

BERAT

AMIN

JIKA KERAJAAN

PAKATAN DAPAT

SELESAI SATENGAH

SATU KEJAYAAN

AMIN

KALAU YANG SAKIT

DAPAT DIBELA

SATU KEJAYAAN

AMIN

JIKA DAPAT

SEMUA DI SELESAI

MAKA WAJIB UNDI

KERAJAAN INI

SEKALI LAGI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: