Ahad, 24 September 2023

BANJIR DATNG LAGI


299 mangsa banjir masih berlindung di 4 PPS di 3 negeri


SERAMAI 299 mangsa banjir masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri yang terjejas setakat 9 pagi ini.

Di Perak Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada seramai 38 orang pagi ini berbanding 35 mangsa daripada lapan keluarga malam tadi dan masih ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Kebangsaan Changkat Lobak di daerah Kerian.

Di Sabah JBPN memaklumkan jumlah mangsa banjir di Beaufort kekal dengan seramai 228 mangsa daripada 72 keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Selagon pagi ini.

“Kesemua mangsa merupakan dari lima kampung di Beaufort yang terjejas akibat banjir,” menurut kenyataan itu.

Keadaan sama direkodkan di Sarawak dengan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua PPS di Limbang kekal 33 orang daripada tujuh keluarga setakat pagi ini. – Bernama, 24 September, 2023.

BANJIR LEBIH

KERAP

AMIN

LEBIH BESAR

LEBIH AMPUH

AMIN

INI TANDA

MALAPETAKA

CUACA

KHALAS

Tiada ulasan: