Ahad, 24 September 2023

MEDIA MAKIN DI KAWAL KETAT



Kumpulan peguam kecam ugutan kerajaan terhadap media

KUMPULAN Lawyers for Liberty (LFL) hari ini mengecam Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana mengeluarkan ugutan terhadap media.

Penyelaras Kempen LFL Nabila Khairuddin berkata hak bersuara di negara ini jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, hak itu hanya boleh disekat oleh peruntukan undang-undang hanya pada tahap tertentu seperti untuk kepentingan keselamatan, ketenteraman awam atau moral.

“Kami menggesa kerajaan untuk menjunjung hak media untuk melaporkan secara bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak dalam perkara melibatkan kepentingan awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Nabila merujuk kepada ugutan SKMM untuk mendakwa organisasi media di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) kerana melaporkan berita “tidak hormat” atau “mengelirukan”.

Tambahnya, alasan digunakan kerajaan untuk kandungan disifatkan “tidak hormat” atau “mengelirukan” untuk menyekat kebebasan bersuara adalah tidak berasas dan kerana itu tidak berpelembagaan.

“Maka ini adalah ugutan disengajakan dan serangan berbahaya oleh SKMM kepada media yang kritikal terhadap kerajaan. Menekan media yang bercanggah (dengan kerajaan) dan kritikal adalah petanda pemerintahan autokrasi.

“Untuk SKMM bercakap dengan terang-terangan tentang sekatan berita ‘tidak hormat’ atau ‘mengelirukan’ menunjukkan ketiadaan penghormatan kepada undang-undang dan perlembagaan.” – 24 September, 2023.

JANGAN FITNAH

FAHMI FADIL

MACAM GEOBBELS

MENTERI PROPA

HITLERS

AMIN

INI FITNAH BESAR

INI SALAH BESAR

KHALAS

Tiada ulasan: