Khamis, 30 Mei 2024

TEATER TERESA KOK


Apa perkembangan terkini isu ugutan bunuh Teresa Kok, soal MCA

MCA hari ini meminta perkembangan terkini siasatan polis berhubung ugutan bunuh yang dibuat terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Timbalan Pengerusi Wanita MCA Tee Hooi Ling berkata sudah hampir dua minggu sejak Kok yang merupakan naib pengerusi DAP membuat laporan polis berhubung ancaman terhadap nyawanya.

Hooi Ling berkata sama ada Kok atau mana-mana pihak boleh memberi maklumat terkini berhubung perkara penting itu.

Pada 15 Mei Kok yang merupakan ahli Parlimen Seputeh berkata beliau menemui dua butir peluru dan surat ugutan di dalam peti surat rumahnya.

“Apabila saya membukanya, saya ternampak dua butir peluru dengan sekeping kertas dan tertulis di atasnya perkataan ‘C*b*ilu Cina?!!! Lu Akan Mati!!! TUNGGU!!!’,” tulisnya dalam satu catatan di Facebook sambil menambah kertas itu mengandungi ugutan bunuh.

Hooi Ling berkata Wanita MCA yang bersolidariti dengan Kok berhubung isu ini mahu mengetahui keputusan kes itu dengan segera kerana ia melibatkan keselamatan seorang ahli Parlimen dan wanita.

“Apakah perkembangan terkini kes itu? Adakah tiada kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian? Adakah pelakunya sudah dikenal pasti dan ditangkap?

“Wanita MCA berharap YB Teresa Kok atau mana-mana pihak dapat memaklumkan kepada orang ramai tentang perkembangan terkini berhubung kes ini.

“Tidak kira perbezaan politik, Wanita MCA akan sentiasa bersama mereka yang memerlukan dan pastinya bersolidariti dengan Teresa Kok dalam kes ini,” kata Hooi Ling.

Tambahnya Wanita MCA yakin polis akan dapat menyelesaikan kes itu dan membawa pelaku ke muka pengadilan.

Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil juga mengecam ancaman bunuh yang dibuat terhadap Kok.

Fahmi berkata ahli politik DAP itu sudahpun membuat laporan polis dan akan membiarkan pihak berkuasa mengendalikannya.

Polis memeriksa peti surat di kondominium Kok sebagai sebahagian daripada siasatan mereka. – 29 Mei, 2024.

INI NAMANYA

TEATER

TERESA KOK

AMIN

ADA PROJEK

DI BELAKANG

TEATER

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: