Jumaat, 28 Jun 2024

DEMO RAKYAT LAWAN ANWAR


Demo Rakyat 

Lawan Anwar 

Round 1 

Tetap Diteruskan

 Seperti Yang 

Dirancang! 


Hari ini jelas dan nyata Anwar Ibrahim telah menggunakan PDRM dan Perbadanan Putrajaya untuk menghalang Rakyat dari bangkit bersuara.  Kami menerima surat dari Perbadanan Putrajaya membawa alasan Demo Rakyat Lawan Anwar “tidak diluluskan” dibuat di lokasi itu kerana ada kerja penyelenggaraan dan baik pulih.  PDRM pula mengatakan Demo Rakyat Lawan Anwar tidak mendapat kebenaran pemilik tempat berhimpun.

Hello!  Pemilik tempat kita bakal berhimpun itu adalah Rakyat!  Perbadanan Putrajaya adalah agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan yang diamanahkan untuk mengurus.  Berani betul Anwar menggunakan agensi Kerajaan untuk menghalang hak Rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.  Kami telah membalas surat Perbadanan Putrajaya dan memberitahu mereka bahawa kami tetap akan berhimpun di lokasi yang ditetapkan itu.

Kepada rakan-rakan sekalian, jangan takut!  Kita ada barisan peguam yang sudah bersedia untuk berkhidmat untuk memastikan hak kita untuk berdemo tidak dicabul oleh Anwar.  Kami cadangkan:

- masuk ke channel Telegram Rakyat Lawan Anwar t.me/rakyatlawananwar untuk maklumat terkini;
-  atau hubungi Team Demi Negara di 019-6841654 atau 011-28563817.

Jangan lupa semua pakai baju hitam kita turun Demo Rakyat Lawan Anwar.  29 Jun 2024 (Sabtu, Pukul 4.00 petang ke 7.00 petang) di Tempat Letak Kereta Awam hadapan Kompleks Seri Perdana, Jalan P10/8, Presint 10, Putrajaya.

Aidil Yunus aka YB Viral –
 Ketua Penggerak Demi Negara
27/06/24

Tiada ulasan: