Jumaat, 28 Jun 2024

PETANDA AMAT BAIK


Polis nasihat orang ramai tidak sertai protes di Putrajaya Sabtu ini


ORANG ramai dinasihatkan tidak menyertai himpunan anti kerajaan Anwar Ibrahim yang dijadualkan diadakan di tempat letak kereta awam di depan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, Sabtu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata perhimpunan dijadualkan itu tidak mendapat kebenaran Perbadanan Putrajaya (PPj) selaku pemilik lokasi berhimpun.

Katanya, orang ramai dinasihati tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menghadiri acara itu.

“Walaupun polis menerima surat makluman daripada penganjur pada 14 Jun untuk mengadakan himpunan itu, tetapi kebenaran tidak diberikan oleh pemilik tempat.

“Pemilik tempat (Perbadanan Putrajaya) tidak membenarkan himpunan diadakan di situ dan kami menasihatkan penganjur yang dikenali sebagai Demi Negara, untuk tidak meneruskan acara itu,” katanya pada sidang media di ibu pejabat polis daerah Brickfields hari ini.

Beliau berkata polis juga mengesan video yang tular di TikTok menjemput orang ramai menyertai himpunan itu.

“Setakat ini, 85 laporan polis berkait perhimpunan ini diterima, susulan video tular berdurasi tiga minit 41 saat di aplikasi TikTok memaparkan diskusi mengajak orang ramai menyertai perhimpunan.”

Sehubungan itu, polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, penganjur himpunan anti kerajaan Anwar itu berkata ia akan meneruskan himpunan itu walaupun polis menganggap ia “haram”.

Peguam Parti Pejuang Tanahair, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili penganjur himpinan “Demo Rakyat Lawan Anwar’’ itu berkata peserta dilindungi oleh Akta Himpunan Aman 2012.

Beliau berkata himpunan yang diadakan untuk meluahkan pandangan kritikal dibenarkan dalam proses undang-undang.

“Ia dijamin dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Kami ucapkan terima kasih kepada polis kerana membantu dalam proses permohonan itu, tetapi tanggungjawab itu tidak terhenti di situ, mereka perlu bantu ketika protes itu,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur.

Himpunan itu dijadualkan pada Sabtu bermula 4 petang hingga 6.45 petang di tempat letak kenderaan awam bertentangan kediaman rasmi perdana menteri di Kompleks Seri Perdana.

Penunjuk perasaan diminta memakai baju hitam. – 27 Jun, 2024.

TERIMA KASIH

ABANG POLIS

AMIN

INI CARA POLIS

BANTU IKLANKAN

DEMO RAKYAT

AMIN

BILA ADA 

PENGUMUMAN

DARI POLIS MAKA

MAKIN RAMAI

RAKYAT TAHU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: