Isnin, 7 Oktober 2024

BERSEDIA PERANG SETAHUN LAGI !!!



Setahun Perang Gaza: Israel serang lebih 40,000 sasaran Hamas

BAITULMAQDIS: Tentera Israel mendakwa pihaknya telah mengebom lebih 40,000 sasaran Hamas, menemui 4,700 laluan terowong dan memusnahkan 1,000 tapak pelancar peluru berpandu dalam tempoh setahun yang lalu di Semenanjung Gaza.

Berdasarkan kiraan tentera Israel, seramai 726 anggota tenteranya terbunuh sejak perang tercetus pada 7 Oktober tahun lalu.

Daripada jumlah itu, seramai 380 tentera Israel maut dalam serangan pada 7 Oktober, manakala 346 lagi terbunuh dalam pertempuran di Gaza yang bermula pada 27 Oktober 2023.

Jumlah anggota yang cedera sejak tarikh berkenaan adalah seramai 4,576 dan seramai 56 tentera terkorban akibat kemalangan dalam operasi.

Bagaimanapun, tentera Israel tidak menjelaskan perkara itu secara terperinci.

Berdasarkan data sempena ulang tahun perang Israel-Palestin, tentera Israel mendakwa pihaknya mengerahkan seramai 300,000 tentera simpanan sejak perang mula tercetus.

Katanya, 82 peratus tentera simpanan terdiri daripada tentera lelaki, manakala 18 peratus tentera simpanan berkenaan adalah wanita dengan hampir separuh daripada mereka berusia antara 20 hingga 29 tahun.

Tentera Israel berkata, sejak perang Israel-Palestin tercetus, sebanyak 13,200 peluru berpandu telah dilancarkan ke Israel dari Gaza manakala 12,400 lagi peluru berpandu dilancarkan dari Lubnan, Syria (60), Yaman (180) dan Iran (400).

Katanya, tentera Israel telah membunuh lebih 800 pengganas di Lubnan, manakala 4,900 sasaran telah diserang dari udara bersama kira-kira 6,000 sasaran di bahagian darat.

Dalam tempoh setahun yang lalu, Israel juga telah menahan kira-kira 5,000 di Tebing Barat dan Lembah Jordan.

Tentera Israel mendakwa mereka berjaya membunuh lapan komander pejuang di Gaza, membabitkan kira-kira 30 komander batalion dan 165 komander kompeni sepanjang tahun lalu.

Israel mendakwa, seramai 1,200 orang awam terbunuh, manakala kira-kira 250 orang dijadikan tebusan sejak perang berkenaan tercetus.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, seramai 42,000 rakyat Palestin terkorban akibat kekejaman serangan tentera Israel itu.

HAMAS HIZBULLAH

YAMAN SYRIA

IRAK

MASIH BERSEDIA

BERPERANG

SETAHUN LAGI

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau israel guna senjata nuklear, segala-galanya akan selesai dalam 30 minit. Dengan kau sekali. Kah kah kah!