Isnin, 7 Oktober 2024

SATU LAGI AKAN MELEDAK



Polis siasat laporan alas kaki ada imej Kaabah, masjid


GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menerima laporan mengenai alas kaki yang dibeli di bazar Deepavali di Pasar Lebuh Cecil di sini, ada imej Kaabah dan masjid.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang,  Mohd Alwi Zainal Abidin, berkata laporan itu dibuat semalam oleh seorang lelaki tempatan.

Pengadu mendakwa melihat beberapa alas kaki ada corak imej Kaabah dan masjid dijual kepada orang ramai.

"Lelaki berkenaan kemudian membeli alas kaki berkenaan sebelum membuat laporan polis.

"Susulan itu polis menahan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 41 tahun yang juga pekerja dan pemilik kedai jualan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Permohonan reman akan dibuat hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

"Polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan mengganggu siasatan polis," katanya.

WOIT

LEPAS SATU

SATU

AMIN

DULU STOKINN

ADA ALLAH

AMIN

SEKARANG ALAS

KAKI ADA 

KAABAH

AMIN

MACAM DIRANCANG

MACAM DISUSUN

SENGAJA NAK

BIKIN KACAU

KHALAS

Tiada ulasan: