Selasa, 3 Jun 2025

RATU SIAM JADI RATU DUNIA



Ratu cantik Thailand menang Miss World 2025

NEW DELHI: Peserta dari Thailand, Suchata Opal Chuangsri, dinobatkan sebagai Miss World pada pertandingan ratu cantik edisi ke-72 yang dianjurkan di Hyderabad, India, Sabtu, lapor laman berita Bangkok Post.

Opal yang berusia 22 tahun ialah pelajar sains politik dan pengasas inisiatif 'Opal for Her' yang menyokong wanita penghidap kanser payudara. 

Beliau muncul rakyat Thailand pertama memenangi pertandingan itu yang disertai oleh 108 peserta lain.

"Ini bukan sekadar kemenangan peribadi. Ia adalah impian bersama setiap gadis muda yang ingin dilihat, didengari dan mencipta perubahan. 

"Saya berbesar hati untuk mewakili legasi ini dan menggunakan masa saya sebagai Miss World untuk membuat perubahan yang nyata," katanya dalam ucapan pertamanya.

Opal memiliki ketinggian 180 sentimeter dan berasal dari Pulau Phuket, selatan Thailand.  

Keluarganya mempunyai perniagaan di kawasan bandar lama pulau peranginan itu. 

Beliau sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang hubungan antarabangsa di Universiti Thammasat serta fasih berbahasa Cina, Inggeris dan Thai.

Sementara itu, tempat kedua Miss World adalah milik Hasset Dereje dari Ethiopia, diikuti oleh Maja Klajda dari Poland di tangga ketiga. – AGENSI

WOW

TAHNIAH

AMIN

DULU YG CANTIK

MINAH SALLEH

AMIN

KEMUDIAN MINAH

KACOKAN

AMIN

SEKARANG

MINAH SIAM

AMIN

DUNIA SEDANG 

TUNGGU

MINAH SAUDI

JADI RATU DUNIA

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah sebab inilah ramai berkunjung ke Siam, setiap hari setiap masa setiap hujung minggu penuh orang kita berhijrah atas alasan shopping atas alasan makan tom yam tetapi diketahui umum tom yam Siam terpaling baik citarasa, kah kah kah kalau nak tipu pun berpada pada sedikit ya, tak payahlah wayang terlalu tinggi sangat ya, apapun dunia masih wujud nyata amin sentiasa syukur alhamdulillah saja sedap menjilat jari macam warga KFC juga disana kah kah kah