Rabu, 20 Mei 2026

SOROK SOROK MAKLUMAT - KLIM MENANG


TERAM GELAPKAN

MAKLUMAT INI

DARI DIKETAHUI

RAKYAT AMERIKA

AMIN

SENANG TERAM

KLIM AMERIKA

DAH MENANG

KAH KAH  KAH

KHALAS


Laporan AS: 42 pesawat tentera musnah, rosak dalam perang Iran

NEW DELHI: Satu laporan oleh Perkhidmatan Penyelidikan Kongres (CRS) memperincikan kerugian dan kerosakan besar melibatkan pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) semasa operasi ketenteraan terhadap Iran di bawah Operasi Epic Fury (OEF) bermula 28 Februari lalu.

Menurut laporan itu, sekurang-kurangnya 42 pesawat pejuang, pesawat pengawasan, pesawat pengisi minyak, helikopter dan dron telah musnah atau rosak sepanjang konflik tersebut.

Nilai kerugian dianggarkan mencecah berbilion dolar.

Antara aset yang dilaporkan terjejas termasuk dron MQ-9 Reaper, jet pejuang F-15E Strike Eagle, pesawat F-35A Lightning II, pesawat pengawasan E-3 Sentry, serta beberapa pesawat tangki KC-135.

Laporan itu menyatakan jumlah sebenar mungkin berubah kerana isu klasifikasi, operasi ketenteraan yang masih berjalan serta pertikaian mengenai pengesahan insiden.

Perang AS-Israel terhadap Iran melibatkan pertempuran udara, peluru berpandu dan maritim di seluruh Asia Barat sebelum gencatan senjata pada April mengurangkan intensiti operasi.

Dalam satu pendengaran awam pada 12 Mei, Pemangku Ketua Akauntan Pentagon, Jules W Hurst III, berkata kos operasi dianggarkan meningkat kepada AS$29 bilion, dengan sebahagian besar peningkatan itu berkaitan pembaikan atau penggantian peralatan ketenteraan.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, membalas laporan itu dengan memberi amaran bahawa sebarang perang baharu akan "mengandungi lebih banyak kejutan".

Beliau turut mendakwa Iran menjadi negara pertama menembak jatuh jet pejuang F-35, dan berkata laporan CRS itu menunjukkan bahawa "Kongres AS mengakui kehilangan berpuluh-puluh pesawat bernilai berbilion dolar".

Amaran Araghchi itu muncul ketika Presiden Donald Trump mempertimbangkan serangan baharu ke atas Iran berikutan rundingan yang menemui jalan buntu mengenai bahan nuklear dan pembukaan Selat Hormuz.

Trump pada Selasa berkata, beliau boleh mengarahkan serangan baharu hujung minggu ini, selepas menangguhkan serangan yang dirancang atas permintaan pemimpin Teluk.

Senarai kerugian pesawat yang dilaporkan

Pesawat musnah:

24 dron MQ-9 Reaper dilaporkan hilang dalam operasi terhadap Iran.

4 jet pejuang F-15E Strike Eagle, termasuk 3 akibat "friendly fire" ke atas Kuwait dan 1 ditembak jatuh di Iran.

2 pesawat MC-130J Commando II dimusnahkan di darat di Iran semasa operasi menyelamat.

1 pesawat serangan A-10 Thunderbolt II musnah akibat terkena tembakan musuh.

1 pesawat pengisi bahan api KC-135 Stratotanker terhempas selepas insiden udara di Iraq.

1 dron MQ-4C Triton terhempas dalam insiden yang disifatkan sebagai kemalangan.

Pesawat rosak:

6 pesawat pengisi bahan api KC-135 Stratotanker, termasuk 5 rosak akibat serangan peluru berpandu dan dron Iran di Pangkalan Udara Prince Sultan.

1 pesawat amaran awal E-3 Sentry AWACS rosak dalam serangan sama di Arab Saudi.

1 jet pejuang F-35A Lightning II dilaporkan rosak akibat tembakan darat Iran.

1 helikopter penyelamat HH-60W Jolly Green II rosak akibat tembakan senjata ringan semasa operasi di Iran. - Agensi/TimesNow

Tiada ulasan: