AL-FATTIHAH
JATUH MALAM
JAM 3 PAGI ?
AMIN
TAK PERLU BUAT
SPEKUALASI
TAPI HANYA UCAP
TAKZIAH
ITU SAJA
KHALAS
Pegawai kanan JSJ IPK Selangor maut jatuh bangunan di Shah Alam
KUALA LUMPUR – Seorang Pegawai Kanan dari Jabaran Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor maut selepas dipercayai jatuh dari sebuah bangunan di Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam, hari ini.
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar berkata pusat kawalan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam menerima maklumat mengenai kejadian berlaku pada 3.07 pagi tadi.
Menurutnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), sementara menunggu hasil bedah siasat.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan.
Sementara itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Dalam masa yang sama, Shazeli merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.-


Tiada ulasan:
Catat Ulasan