Jumaat, 19 Jun 2026

BUKIT BINANG DISUCIKAN KEMBALI


BUKIT BINTANG

DISUCIKAN

KEMBALI

KAH KAH KAH

TIONG

KAH KAH KAH

LU NAK BUAT 

APA ?

KAH KAH KAH

NAK BUAT

MANDI BUIH KE?

KAH KAH KAH

KHALAS




Solat Jumaat di Bukit Bintang bermula hari ini

Umat Islam di sekitar Bukit Bintang dapat menunaikan solat Jumaat di Outreach Oasis Bukit Bintang mulai hari ini susulan kelulusan khas yang diberi bagi tujuan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan menerusi hantaran di Facebook berkata kemudahan berkenaan diberi secara sementara sehingga surau Jumaat kekal di lokasi itu siap dibina.

“Sejarah bakal tercipta di Bukit Bintang esok (hari ini)! Atas izin Allah dan kelulusan khas, solat Jumaat kini boleh ditunaikan di Outreach Oasis Bukit Bintang buat sementara waktu sehingga surau Jumaat kekal siap dibina kelak.

“Selepas ini, tak perlu kelam-kabut nak kejar masa atau bersesak pergi jauh demi menunaikan kewajipan, insya-Allah,” katanya.

Zulkifli turut mengajak umat Islam, khususnya warga Bukit Bintang, untuk hadir dan memeriahkan pelaksanaan solat Jumaat di lokasi berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap syiar Islam.

“Jom, penuhkan saf tanda sokongan padu ummah untuk syiar Islam.

“Hari Jumaat hari penuh barakah! Kita rehatkan minda, bersihkan jiwa dan imarahkan solat Jumaat di Outreach Oasis Bukit Bintang esok!” katanya.

Kerajaan sebelum ini berusaha untuk mewujudkan surau Jumaat yang selesa di Bukit Bintang bagi memudahkan masyarakat Islam menunaikan ibadah di kawasan tumpuan pelancong itu.- Bernama

Tiada ulasan: