MAMAT INI
UMUR 67 TAHUN
KENA JIL 33 TAHUN
AMIN
LANGKAH BIJAK
DALAM JIL
SEMUA SIAP
TAK BAYAR LETERIK
TAK PERLU MASAK
TAKDA SEWA BILIK
SAKIT DIHANTAR
KE HOSPITAL
SEMUA BERES
KAH KAH KAH
67 TAHUN BEBAS
DILUAR DAH PUAS
KHALAS
Warga emas rogol, amang seksual cucu 12 dan 9 tahun dipenjara 33 tahun, 14 sebatan
MUAR – Seorang pesara dijatuhi hukuman penjara 33 tahun dan 14 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas lima kesalahan merogol dan amang seksual fizikal terhadap dua cucu perempuannya tahun lalu.
Hakim Mohd Khairi Haron menjatuhi hukuman tersebut selepas tertuduh yang berusia 67 tahun mengaku salah terhadap lima pertuduhan.
Mengikut pertuduhan pertama dan keempat, bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan amang seksual terhadap cucunya berusia 12 tahun ketika kejadian di sebuah rumah di Batu Pahat.
Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.
Peruntukan di bawah Seksyen 14 ialah penjara sehingga 20 tahun dan sebatan manakala Seksyen 16 sebagai tambahan hukuman, penjara sehingga lima tahun dan sebatan tidak kurang dua kali.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa merogol mangsa dengan kejadian itu juga berlaku di rumah sama antara Januari hingga Disember tahun lalu.
Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang mana boleh dipenjara sehingga 30 tahun atau sebatan bagi setiap pertuduhan dikemukakan terhadapnya.
Pertuduhan kelima pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang lagi adik mangsa berusia sembilan tahun dengan kejadian itu juga berlaku di lokasi sama tahun lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Selain hukuman penjara dan sebatan, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling sepanjang tahanan selain pengawasan polis selama tiga tahun sebaik selesai hukuman selari dengan Seksyen 26 dan 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK).
Pada 11 Jun lalu tular video seorang wanita tidak dapat menahan kemarahan dengan menjerit sekuat hati terhadap seorang lelaki warga emas yang mengaku merogol cucunya di sebuah rumah di daerah ini sejak tahun lalu.
Pengakuan itu menyebabkan wanita dipercayai ibu mangsa meraung sambil menyebut ‘Allahuakbar’ selepas anak perempuannya berusia 13 tahun mendedahkan kejadian itu kepadanya beberapa sebelum kejadian itu.
Melalui video berdurasi 1:04 saat itu, suspek mengakui melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap cucunya.
“Ada juga buat,” demikian pengakuan warga emas dalam satu video tersebut yang tular selepas ditanya oleh anaknya.
Menerusi video itu juga, suspek meminta ahli keluarga membuat laporan selepas mengaku melakukan perbuatan keji terhadap cucu kandungnya. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan:
Catat Ulasan