WAJIB BELAJAR
DARI JASLINDA
AMIN
ILMU SELAMAT
DIRI DALAM UTAN
KHALAS
Jaslinda bertahan minum air 'semula jadi' dalam hutan
KUALA LUMPUR: Pendaki yang ditemui selepas 14 hari hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, mendedahkan beliau hanya bertahan dengan meminum air semula jadi yang ditemui di kawasan hutan.
Beliau berkata, sepanjang sesat dalam hutan, dia sudah kehabisan sumber makanan dan terpaksa mencari air di sekitar kawasan perjalanannya untuk memberinya sedikit kekuatan bagi bertahan.
Katanya, beliau turut menyifatkan keadaan itu sebagai 'hampir mati'.
"Saya tiada makanan. Saya dua minggu tak makan (hanya) tadi makan (bantuan penduduk Orang Asli).
"Saya minum air hitam, air coklat, air periuk kera (ketika hilang), jadi rasa 'mati-mati hiduplah'," kongsinya dalam video berkenaan," katanya dalam satu video yang dikongsi oleh individu dipercayai penduduk kampung tempatnya ditemui.
Jaslinda ditemui selamat di kawasan berhampiran Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu di Pos Musoh. Mangsa ditemukan oleh seorang penduduk, Nazri a/l Bah Eng, kira-kira jam 3 petang, dan memaklumkan kepada anak saudara mangsa yang berada di Johor.
Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.
Dia dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun mangsa dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada 24 Mei (jam 7.30 pagi).
Pada Khamis, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Mohd Basri Abdul Manaf mengumumkan kawasan pendakian Gunung Batu Putih di Tapah ditutup kepada orang awam berkuat kuasa serta-merta sehingga suatu tarikh dimaklumkan kelak.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan