Ahad, 7 Jun 2026

PAGI INI


PAGI INI



PAGI INI

AHAD 7 JUN  2026

PERANG HARI KE 99

GENCATAN SENJATA MASIH BERJALAN


PIALA DUNIA
Kemarin visa di beri pada  tim Iran untuk masuk main bola di padang Amerika – HARI INI  berubah -ada beberapa orang DARI TIM IRAN  tidak dapat visa – jeng jeng jeng.

Iran ada dua kali bermain dalam padang Amerika – yang lain di Mexico – jeng jeng jeng.

PERANG
Semua penganalisa dan pemerhati menanggap PERANG  dan SERANGAN akan mula sekali lagi. Teram tak ada pilihan -  Teram di lihat dah kalah untuk kembalikan imej HEBAT maka masuk serang Iran sekali lagi.

IRAN KATA SILA MENDARAT – kami dah lama tunggu.

Dunia dah lama tunggu -  BILA AMERIKA NAK MENDARAT – semua nak tengok BEG HITAM – naik kapal terbang kah kah kah

PRN JOHOR & N9
Wow ini menarik bila gerombolan nak bertanding di semua kawasan – INI JELAS TIBAI ANWAR BIN IBRAHIM – klim kerajaan PERPADUAN tapi bila bertanding SOLO – bagus.

Yang ini gua SOKONG UMNO – garis gua mudah – sapa saja yang lawan dan tibai Anwar bin Ibrahim – gua akan sokong.

INI GARIS POLITIK UNITED FRONT – kenali musuh utama – musuh yang lain jadi musuh ke dua.

MUSUH KEPADA MUSUH KAMU IALAH KAWAN KAMU – THE ENEMY OF YOUR ENEMY IS YOUR FRIEND – garis ini tak pernah salah. Amin.

JASLINDA
Wanita ini SELAMAT – ham dua lil – gua senang hati kerana Jaslinda di temui sehat – Tabik hormat pada Jaslinda – Tabik hormat pada  semua yang terlibat mencari  Jaslinda. Amin.

HOKKIEN
Pagi ini awalnya renyai – HUJAN SUBUH – basah sejuk – lopak air di sana sini.  Matahari  belum bersinar.  Langit biru penuh dengan awan putih . KL & KL Sentral berkabus.

Gua belum masuk Hokkien – gua dengar suara Murai – wow – kuat sekali – Murai merayakan pagi yang basah.

Dari jauh gua nampak Siti berkejar – yang lain datang – Pagi ini ramai datang makan termasuk Puppy Hitam – tapi dia masih takut takut. Gua nak beri dia Friskies – dia lari  - yang lain datang makan. Pagi ini ramai datang makan. Gua gumbira.

Dekat Pokok Ara Jantan  Putih merapati gua – lalu gua beri hati ayam dan keropok – dia ikut  gua berjalan. 

Di Wakaf Pertama semua menunggu. Tiong Laki Bini datang berlabuh. Semua enjoi pagi yang sejuk ini.

Gua rasa jap lagi akan panas. Petang gua nak ke Pesta Buku – nak cari komik – gua tak sanggup lagi beli buku – ada berbelas BUKU BARU yang belum gua baca – HANYA PASANG NIAT NAK BACA – kah kah kah. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI AHAD 

BRO
Perkara terbaik pertama ialah jatuh cinta. Perkara terbaik ke dua ialah jatuh cinta. Paling  tidak baik ialah jatuh cinta. Tapi paling baik  - lebih baik  jatuh cinta dari tidak pernah jatuh  cinta.

BRO
Jika lu malu buka  zip lu tak akan jatuh cinta. Buka zip seluar adalah tanda   salam untuk jatuh  cinta.

BRO
Masa lu bercinta semua indah – kentut pun bau wangi. Amin

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan: