DAHULUKAN
DENGAN PERANG
AMIN
RUNDING
DATANG
KEMUDIAN
AMIN
BILA MUSUH
MAHU BERUNDING
ITU TANDA
MUSUH DAH LEMAH
AMIN
JIKA KITA
MINTA BERUNDING
ITU TANDA KITA
LEMAH
KHALAS
Peningkatan keganasan tunjukkan rundingan damai gagal capai kemajuan - Melayu Patani
KOTA BHARU: Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) menegaskan semula komitmennya terhadap proses rundingan damai di selatan Thailand dengan menyatakan bahawa peningkatan keganasan mutakhir ini di wilayah bergolak itu mencerminkan kegagalan rundingan mencapai kemajuan, bukannya penolakan terhadap dialog.
Dalam kenyataan hari ini, Sekretariat Dialog Damai BRN menyifatkan perkembangan keselamatan terkini di Patani sebagai bukti konflik yang berlarutan sejak beberapa dekad lalu masih belum diselesaikan dan belum menunjukkan tanda-tanda penyelesaian yang mampan.
Kumpulan itu berkata, perjuangan bersenjatanya yang didakwa telah memasuki tahun ke-23 sejak 2004, terus menyasarkan pasukan keselamatan Thailand, kumpulan bersenjata yang disokong kerajaan serta projek kapitalis yang didakwa mengancam mata pencarian, alam sekitar dan identiti masyarakat Melayu Islam Patani.
Jangan sertai pasukan keselamatan kerajaan
BRN turut mendakwa sayap bersenjatanya menghormati dan mematuhi Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (International Humanitarian Law, IHL).
Pergerakan itu menggesa orang awam mengutamakan keselamatan dengan mengelakkan kawasan yang berpotensi menjadi zon operasi ketenteraan, selain menasihatkan mereka supaya tidak menyertai pasukan keselamatan kerajaan Thailand atau terbabit dalam sebarang aktiviti yang boleh ditafsirkan sebagai menyokong operasi keselamatan kerajaan.
BRN hargai peranan Malaysia
BRN turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia atas peranannya yang berterusan sebagai fasilitator rundingan damai, selain pembabitan masyarakat antarabangsa yang menurutnya menunjukkan profesionalisme serta komitmen aktif dalam usaha menyelesaikan konflik berpanjangan itu.
Kenyataan terbaharu itu dikeluarkan ketika ketegangan di wilayah sempadan selatan Thailand semakin memuncak susulan beberapa siri serangan di Narathiwat, Pattani dan Yala sepanjang minggu lalu, termasuk letupan bom tepi jalan di Tak Bai pada 29 Jun yang mencederakan dua rakyat Malaysia.
Tuntut autonomi lebih besar
Konflik di selatan Thailand telah berlarutan lebih dua dekad dengan kumpulan pemisah menuntut autonomi lebih besar atau kemerdekaan bagi wilayah yang majoritinya dihuni masyarakat Melayu Islam iaitu Pattani, Yala, Narathiwat dan sebahagian Songkhla.
Keganasan itu telah meragut lebih 7,000 nyawa sejak konflik kembali memuncak pada 2004.
Malaysia berperanan sebagai fasilitator rundingan damai antara kerajaan Thailand dan BRN sejak 2013.
Gelombang keganasan terbaharu sekali lagi mencetuskan kebimbangan terhadap situasi keselamatan yang rapuh serta masa depan proses damai, dengan Malaysia dan Thailand baru-baru ini mengulangi komitmen untuk memperkukuh kerjasama keselamatan rentas sempadan bagi mengelakkan konflik itu merebak ke kawasan sempadan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan