Ahad, 5 Julai 2026

DARI FB MAT SABU - MALAYSIA & IRAN


MALAYSIA - IRAN


FB: MOHAMAD SABU
 
Alhamdulillah, Malaysia terus diberikan penghormatan dan penghargaan oleh Kerajaan Republik Islam Iran.

Bang Mat berpeluang mengadakan pertemuan bersama TYT Brigadier General Seyyed Majid Ebn-e-Reza, Pemangku Menteri Pertahanan dan Logistik Iran.

Dalam pertemuan ini, beliau menzahirkan penghargaan atas pendirian Malaysia yang sentiasa konsisten menyokong keamanan, keadilan dan menghormati kedaulatan setiap negara.

Bang Mat turut berkongsi pandangan bahawa apa yang berlaku di Republik Islam Iran bukan hanya melibatkan sebuah negara, tetapi turut menyentuh maruah dan kepentingan umat Islam di seluruh dunia. Sebab itu, usaha menegakkan keamanan, keadilan dan saling menghormati perlu terus diperkukuhkan melalui dialog dan hubungan diplomatik yang baik.

Insya-Allah, semoga hubungan persahabatan antara Malaysia dan Republik Islam Iran akan terus diperkukuh demi keamanan, kestabilan serantau dan kesejahteraan bersama.

#KPKM
#MADANIBekerja
#CukupDanTerjamin
https://www.facebook.com/share/p/1EoUiequMh/

Tiada ulasan: