Jumaat, 18 September 2026

SEMUA SENANG DI BERESKAN


SEMUA HUTANG

SAP SAP SUI

KAH KAH KAH

MUDAH SELESAI

MUDAH DIBERES

AMIN

BIK MAMA BUAT

KONSERT BOGEL

KAH KAH KAH

PASTI RAMAI 

TOK ARAB KAYA

MAT AFRIKA

PEMINAT GEMUK

AKAN BERI DANA

KAH KAH KAH

KANG KANG

JANGAN TAK

KANGKANG

KHALAS



Najib, keluarga berdepan liabiliti kewangan lebih RM21 bilion


KUALA LUMPUR: Najib Razak dan ahli keluarganya berdepan tindakan kewangan melebihi RM21 bilion membabitkan kes jenayah, tuntutan saman dan perintah berhubung cukai.

Jumlah terbesar adalah melalui sabitan kes jenayah 1Malaysia Development Bhd (1MDB), apabila Mahkamah Tinggi mengenakan denda RM11.38 bilion selepas didapati bersalah atas empat tuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.

Najib turut diperintahkan membayar RM2.08 bilion sebagai jumlah yang boleh dituntut semula berkaitan pertuduhan pengubahan wang haram berkenaan, bagaimanapun beliau sudah mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman terbabit.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu juga diperintahkan Mahkamah Tinggi pada 31 Mac lalu membayar ganti rugi AS$1.3 bilion (RM5.25 bilion), kepada syarikat SRC International Sdn Bhd melalui saman sivil difailkan syarikat pelaburan strategik itu.

Bagaimanapun, beliau berjaya menangguhkan pelaksanaan penghakiman sementara rayuannya didengar dan diputuskan Mahkamah Rayuan.

Najib juga berdepan tuntutan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM1.69 bilion bagi tunggakan cukai pendapatan tambahan dan penalti untuk tahun pentaksiran dari 2011 hingga 2017.

Prosiding kebankrapan terhadap beliau bagaimanapun digantung sementara menunggu penyelesaian rayuan cukainya di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan.

Dalam kes jenayah penyelewengan dana SRC International pula, Najib dikehendaki membayar denda RM50 juta berikutan pengurangan denda asal sebanyak RM210 juta oleh Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

Beliau juga dikehendaki membayar RM50 juta bagi pengampunan bersyarat yang membenarkannya menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah bersabit kes jenayah SRC International.

Sementara itu, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, berdepan denda RM970 juta yang dikenakan susulan sabitan dalam tiga tuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernlai RM1,25 bilion.

Sabitan dan hukuman berkenaan kini dalam proses rayuan.

Dalam kes sivil pula, Rosmah diperintahkan membayar RM67.46 juta kepada syarikat barang kemas berpangkalan di Lubnan, Global Royalty Trading SAL, bagi 43 barangan kemas yang tidak dikembalikan.

Beliau sudah merayu terhadap penghakiman itu dan memperoleh penangguhan bersyarat sementara menunggu rayuan, bagaimanapun ia adalah liabiliti sivil peribadi dan bukan kepada kerajaan.

Anak lelaki Najib, Datuk Mohd Nazifuddin, juga berdepan tuntutan cukai RM37.6 juta oleh LHDN bagi tunggakan cukai pendapatan tambahan.

Prosiding kebankrapan terhadapnya turut digantung sementara menunggu keputusan rayuan cukainya.

Tiada ulasan: